0

Cara memasang Cloud-torrent dan Caddy sebagai proxy

Sekali lagi saya akan memberikan panduan berkaitan Caddy! Kali ini kita akan memasang cloud-torrent berserta Caddy sebagai proxy.

Cloud-torrent adalah sebuah klien torrent yang ditulis dalam bahasa program Go. Bukan sahaja pantas, malah klien ini juga direka untuk paparan skrin yang lebih kecil seperti telefon bimbit.

Sebelum memulakan langkah selanjutnya, anda harus mempunyai sebuah server dan domain (yang percuma juga boleh digunakan).

Mari kita mulakan. Pergi ke directory yang anda mahu untuk menyimpan fail-fail berkenaan dan muat-turun binari program yang telah disediakan. Dalam panduan ini, saya akan menggunakan /var/www/cloud-torrent

Pergi ke directory berkenaan (cipta sekiranya belum ada)

$ cd /var/www/cloud-torrent

Lalu muat-turun binari cloud-torrent yang terbaharu

$ curl i.jpillora.com/cloud-torrent | bash

Mulakan screen dan jalankan cloud-torrent

$ screen -S cloud-torrent   
$ ./cloud-torrent -h 127.0.0.1

Minimize screen

CTRL A + D

Sekarang kita bergerak ke Caddy pula.

Dapatkan Caddy versi terbaharu di sini. Kemudian cipta fail Caddyfile . Masukkan teks dibawah ke dalam Caddyfile, seterusnya simpan.

domain.anda {  
    proxy / 127.0.0.1:3000 {  
        websocket   
    }  
}

Gantikan domain.anda dengan domain yang anda miliki.

Mulakan Caddy tanpa HTTP/2

$ ./caddy -http2=false

Anda boleh mengakses domain anda di pelayar web.

0

[Cloudflare][Caddy][Nginx] ERR_TOO_MANY_REDIRECTS

Selepas memasang Caddy dan mengaktifkan SSL pada domain yang menggunakan Cloudflare, saya menerima error daripada browser Chrome.

The page isn’t working
  your.domain redirected you too many times.
 - [Try clearing your cookies](https://support.google.com/chrome?p=rl_error&hl=en-US).
ERR_TOO_MANY_REDIRECTS

Cara untuk menyelesaikan masalah ini agak mudah. Di dalam tetapan Cloudflare, anda cuma perlu menukar SSL daripada Flexible kepada Full.

Boleh juga diaplikasikan sekiranya anda menggunakan Nginx.