Domain 4 Huruf

Semalam entah macamana, nasib saya baik. Saya berjaya membeli domain LLLL.net daripada NameSilo.com. Sebelum ini saya cuba mencari nama domain pendek yang masih boleh dibeli. Namun semua yang saya cuba, telahpun dimiliki.

Mungkin ada yang bertanya apa yang seronoknya memiliki *domain *yang pendek? Sebenarnya, domain yang pendek memainkan peranan dalam sesebuah laman web. *Domain *yang pendek memudahkan pelawat mengingati laman web kita.

Namun, sebab utama saya membeli adalah kerana, perlumbaan. Boleh dikatakan semua *domain *pendek 2 atau 3 huruf telahpun dimiliki. 4 huruf juga hampir kesemuanya dimiliki. Oleh itu, memiliki salah satu *domain *yang dikategorikan sebagai premium ini, amat menyeronokkan.

Saya masih lagi memikirkan untuk apa domain ini akan saya gunakan. Sekiranya saya membangunkan sesuatu yang berguna, akan saya kongsikan dikemudian hari.

Domain 4 Huruf
Share this