Tujuan Blog Ini?

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apakah tujuan saya membangunkan blog ini? Secara kasarnya, lakukan kerana saya boleh.

Tapi, itu bukan alasan kukuh mengapa saya membazirkan wang dan masa untuk membangunkan serta mengekalkan blog ini. Mungkin ada yang bertanya, mengapa tidak menggunakan Blogger.com sahaja?

Baiklah, saya akan memberitahu segala sebab mengapa saya sanggup membangunkan blog ini.

Pertama, kerana saya mahu dan mampu. Buat blog adalah sesuatu yang menyeronokkan walaupun pada hakikatnya, saya sendiri yang tulis, dan saya sendiri yang membaca. Saya juga mahu jadikan blog ini seperti diari peribadi namun isinya masih dapat diterima oleh umum. Jadi jangan risau, saya tidak akan membuat apa-apa coretan berkenaan hati???.

Kedua, kalau kalian membaca tulisan saya yang sebelum ini, mungkin anda dapat menangkap bahawa saya mempunyai hobi mengumpul VPS yang murah sehingga saya sendiri tidak tahu untuk berbuat apa. Jadi, blog ini adalah satu alternatif bagi saya untuk tidak mensia-siakan server ini. Server yang saya gunakan ini adalah VPS daripada VpsDime.com yang mana bersempena ulangtahun mereka. Jadi, promosi bagi VPS 512MB dengan bayaran secara tahunan yang mereka tawarkan ini, sukar saya tolak.. Selain itu, domain yang saya gunakan ini adalah hasil promosi. Jadi, dalam kata lain, saya sedang cuba memperbaiki pembaziran yang telah saya lakukan.

Ketiga, saya sedang menguji WordPress. Mungkin bagi anda yang biasa dengan dunia *blogging, *anda akan tahu tentang kewujudan platform blogger, atau beberapa platform self-managing seperti ghost.org, drupal.com dan beberapa platform lain yang ada. Ya, saya tertarik dengan ghost tetapi saya agak tidak suka dengan penyusunan posting yang mana WordPress mempunyai sistem penyusunan serta pencarian yang lebih baik. Selain itu, tahap SEO yang dimiliki oleh WordPress adalah amat bagus yang mana telah menaikkan ranking blog saya kepada 1juta dalam masa yang singkat.

Tujuan Blog Ini?
Share this