Menu Close

Mengaktifkan error log pada PHP-CLI

Secara lalai, PHP-CLI tidak menulis log bagi sebarang ralat semasa anda menjalankan skrip. Perkara ini agak menyusahkan kerana anda akan tercari-cari log sekiranya skrip anda tidak berfungsi.

Untuk mengaktifkan panulisan log, anda harus edit php.ini. Kedudukan file ini bergantung kepada konfigurasi PHP anda. Dalam kes saya, kedudukannya di

/etc/php/7.2/cli/php.ini

Kemudian, cari baris

error_log =

Atau lebih spesifik pada konfigurasi saya yang terletak di baris ke-586,

; error_log = syslog

Ubah baris tersebut kepada

error_log = php_error.log
  • Pastikan tiada simbol ; di hadapan baris
  • Anda boleh mengubah php_error.log kepada apa sahaja yang anda mahukan

Apabila log ditulis, php_error.log akan diletakkan di dalam direktori semasa.
Contohnya jika anda berada di dalam

/home/user/log

Apabila anda menjalankan skrip.php, log akan ditulis di

/home/user/log/php_error.log
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x