Langkah-Langkah Membuat Pengira Jumlah Kekunci Skrin Dibuka

Pada entri saya yang terakhir 3 hari lepas, saya menunjukkan beberapa gambar menunjukkan widget yang mengira jumlah kekunci skrin dibuka.
Pada entri kali ini, saya akan mengajar cara membuatnya.

Langkah 1:
Pada Tasker, Matikan fungsi beginner mode di dalam Preferences > UI.
Kemudian kembali ke menu utama Tasker.

Langkah 2:
Pergi ke menu VARS dan cipta nilai baharu dengan cara menetakan simbol +. Berikannya nama %Unlockscr.

Klik pada ruang kosong sebelah kanan %unlockscr dan berikannya nilai 0.

Langkah 3:
Pergi ke menu Profiles dan cipta profil baharu dengan cara menekan simbol +. Anda boleh membiarkan namanya kosong atau isikan dengan nama yang bersesuaian.

Pada menu yang muncul, pilih Events.
Pilih Display kemudian Display Unlocked.

image

Tekan butang Back untuk menyimpan profil ini.
Akan muncul menu tasks, pilih New Task.

image

Klik + untuk menambah tugasan baharu.
Pilih Variables > Variable set.
Pada Name, isikan %Unlockscr.
Pada To, isikan %Unlockscr + 1
Dan tandakan Do Maths.

image

Tekan butang Back untuk simpan tugasan tersebut.
Kemudian klik simbol + untuk tambah tugasan baharu.
Pilih Plugins > Minimalistic > Minimalistic Text.

image

Pada variable name, isikan perkataan unlockscr
Pada variable content pula isikan %Unlockscr

image

Klik ok untuk simpan.
Tekan butang Back untuk menyimpan tugasan ini.

Langkah 4:
Pergi ke Skrin Utama peranti anda, tambah widget.
Pilih widget Minimalistic yang bersesuaian.

image

Pilih Simple Time

image

Pada bahagian Layout, padam barisan sedia ada dengan cara tekan simbol kecil di kanan kotak kemudian pilih Delete Row.
Kemudian klik simbol + untuk menambah tulisan.
Pergi ke MISC dan tandakan pada Static text dan klik ok.

image

image

Klik pada kotak yang muncul untuk sesuaikan tulisan mengikut kretiviti anda.

image

image

Klik + untuk menambahkan fungsi mengira.
Pergi ke MISC dan tandakan Locale variable

image

Jika kotak local variable berada di bawah, tekan dan tahan, kemudian seret kotak itu ke sebelah kotak teks.
Klik pada kotak locale variable untuk edit.
Pada Variable name, isikan dengan unlockscr
Kemudian tekan ok.

image

Kalau perlu, tambahkan lagi tulisan.
Setelah siap, akan jadi seperti dibawah

image

Klik simbol disket kecil di atas untuk menyimpan.
Anda boleh ke Skrin Utama peranti anda untuk melihat widget yang telah di letakkan tadi

image

Tutup skrin anda kemudian buka kunci skrin.

image

Langkah Tambahan:
Sekiranya anda mahu menetapkan semula pada masa-masa tertentu, tetapkan tugasan untuk menukar nilai %Unlockscr kepada 0

Cipta profil baru dan pilih Time.
Tetap masa yang anda mahukan. Dalam gambar di bawah saya menggunakan waktu 12malam atau jam 0000.

image

Untuk Task, pilih Variable Set.
Tetapkan Name kepada %Unlockscr dan To kepada 0.
Tekan butang Back untuk simpan.

image

Idea Mengira Jumlah Kekunci Skrin Peranti Dibuka

image

Di Instagram tadi saya terjumpa fakta ini yang entah statistik diambil daripada mana. Apapun kredit diberikan kepada #8crap kerana mencetuskan idea pada otak saya.

Apa idea saya? Berdasarkan fakta yang diberikan oleh 8crap, purata seseorang membuka kekunci skrin telefon pintar adalah sebanyak 110 kali sehari. Jadi saya terfikir, berapakah jumlah sebenar saya membuka kekunci skrin saya dalam sehari?

Untuk melaksanakan idea ini, saya menggunakan Tasker serta Minimalistic. Tasker seperti yang telah saya nyatakan pada artikel sebelum ini, adalah sebuah aplikasi automasi bagi telefon pintar. Dalam kes ini, Tasker akan bertindak mengira jumlah kita membuka kekunci telefon pintar dan memberikan jumlah nilai yang telah direkod kepada Minimalistic. Minimalistic pula adalah widget yang mana akan digunakan untuk memaparkan jumlah yang telah dikira tadi pada skrin. Di bawah ini saya sertakan gambar Minimalistic yang memaparkan jumlah bilangan saya membuka kekunci telefon ini.

image

Sebagaimana yang anda dapat lihat, sebanyak 3 kali, peranti saya ini yelah saya buka kekuncinya.

Tapi fakta tersebut menyatakan 110 dalam sehari. Oleh itu saya menetapkan Tasker agar mengosongkan jumlah kiraan tadi setiap 12malam.

Cara-cara untuk melakukan semua ini akan mnyusul dalam tulisan saya yang akan datang. Nantikan.

AutomateIt Alternatif kepada Tasker

Pada entri yang lepas, saya menceritakan tentang Tasker. Tapi sebenarnya ada aplikasi yang lebih mudah digunakan iaitu AutomateIt.

Sebelum menggunakan Tasker, saya menggunakan AutomateIt versi Pro. Harganya lebih murah serta penggunaannya lebih mudah. Cara menggunakan AutomateIt pro amat senang dipelajari serta saya sukakan fungsi logs pada notification drawer.

Namun kerana Tasker mempunyai komuniti lebih besar, saya bertukar ke Tasker. Ternyata saya lebih puas menggunakan Tasker kerana terdapat pelbagai fungsi serta plugin yang tiada pada AutomateIt.

Walaubagaimanapun, AutomateIt mempunyai satu fungsi yang amat berguna iaitu tugas yang boleh dimuat turun. Anda boleh melayari galeri untuk memuat turun tugas yang telah dimuat naik oleh pengguna lain.

Saya memasang kedua-dua AutomateIt serta Tasker, namun saya hanya menggunakan Tasker.

Bagi anda yang mahu mencuba, silakan ke Google Play: AutomateIt Pro

Tasker Antara Aplikasi Terbaik Untuk Android

Tasker adalah satu automate application yang mana mampu menjadikan peranti android anda menjadi sangat berkuasa. Dari penjimatan bateri sehinggalah tugasan automatik, tasker adalah aplikasi yang terbaik.

Bagi anda yang masih tidak faham fungsi sebenar Tasker, Tasker adalah aplikasi yang mampu melakukan pelbagai tugas secara automatik. Terlalu banyak tugas yang Tasker mampu lakukan untuk saya senaraikan.

Saya menggunakan Tasker untuk pelbagai tugas, antaranya:

– Menyalakan skrin secara terus apabila Clash of Clan dibuka
– Membuka WiFi apabila WiFi tertentu berada berdekatan
– Penjimatan bateri
– Menyalakan lampu kamera apabila peranti digoncang
Anti-Theft

Banyak lagi tugas yang saya gunakan. Di sini saya senaraikan hanya beberapa tugas.

Tasker mempunyai kemampuan melebihi jangkauan saya. Javascript, wget, shell, python, dan banyak lagi adalah antara fungsi yang lebih advance. Saya cuma menggunakannya bersama beberapa plugin ketiga yang mana menjadikan fungsi Tasker ini lebih luas.

Harga yang diletakkan juga amat berpatutan. Ingat, jauhi produk cracked kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi dan anda tidak akan mendapat support daripada pembangun aplikasi ini.

Beli di Google Play: Tasker