Unable to start hunspell spell checker – make sure hunspell is installed!

Semasa cuba membaca sarikata PGS untuk ditukarkan ke SRt menggunakan Subtitle Edit di dal Ubuntu, saya menghadapi masalah apabila Subtitle Edit memberikan ralat:

Unable to start hunspell spell checker - make sure hunspell is installed!

Untuk selesaikan masalah ini, anda perlu pastikan Subtitle Edit ditutup. Kemudian pasang libhunspell-dev.

$ sudo apt install libhunspell-dev

Dan Subtitle Edit boleh dibuka kembali dan digunakan.

The following packages have unmet dependencies: winehq-stable : Depends: wine-stable

Semasa saya mahu memasang Wine pada Ubuntu 18.04, saya mendapat satu masalah dependencies.

Some packages could not be installed. This may mean that you have
requested an impossible situation or if you are using the unstable
distribution that some required packages have not yet been created
or been moved out of Incoming.
The following information may help to resolve the situation:

The following packages have unmet dependencies:
 winehq-stable : Depends: wine-stable (= 3.0.3~bionic)
E: Unable to correct problems, you have held broken packages.

Setelah saya selidik, penyelesaiannya adalah memasang libasound2-plugins:i386

$ sudo apt install libasound2-plugins:i386

Kemudian pasang Wine seperti biasa

$ sudo apt-get install --install-recommends winehq-stable

Cannot start “/usr/sbin/sendmail”: executable not found (adjust *sendmail* variable)

Saya mempunyai masalah dengan crontab dimana email tidak dihantar kepada saya.

Jadi, saya membuat percubaan menghantar email

echo 'This is a test.' | mail -v -s 'test message' [email protected]

Tetapi ralat ini pula muncul

Cannot start "/usr/sbin/sendmail": executable not found (adjust *sendmail* variable)

Ini menandakan saya tiada klien email yang dipasang. Solusinya amat mudah. Saya cuma perlu memasang sebuah klien email. Dalam kes saya, saya gunakan postfix

$ sudo apt install postfix

Dengan hanya menggunakan konfigurasi lalai, saya sudah boleh menghantar email.

-bash: 7z: command not found

Berkait dengan entri saya sebelum ini berkaitan 7zip, saya agak keliru dengan pemasangan 7zip pada Ubuntu. Ini kerana terdapat beberapa pakej 7zip pada Ubuntu.

Sekiranya anda mendapat error -bash: 7z: command not found apabila mahu mengekstrak archive walaupun anda telah memasang 7zip, ini adalah kerana anda telah memasang pakej p7zip.

Yang anda perlukan adalah pakej p7zip-full. Untuk memasang, anda disarankan untuk membuang pakej p7zip untuk mengelakkan keliruan.

sudo apt remove p7zip

Kemudian pasang p7zip-full

sudo apt install p7zip-full

Zip unsupported compression method 99

Hari ini saya menghadapi masalah mengekstrak fail Zip menggunakan unzip pada Ubuntu. error yang saya dapat adalah:

skipping:  archive.zip    unsupported compression method 99

Masalah ini adalah kerana archive tersebut dibuat menggunakan 7zip. Untuk memasang 7zip pada Ubuntu atau Debian, pasang pakej p7zip-full.

sudo apt install p7zip-full

Lalu anda boleh mengekstrak archive tersebut dengan

7z x archive.zip