fatal: unable to connect to cache daemon: Permission denied

Saya mempunyai masalah untuk caching nama dan kata laluan git menggunakan $ git config --global credential.helper cache.

Saya mendapat ralat ini semasa cuba push kod ke GitLab.

fatal: unable to connect to cache daemon: Permission denied

Penyelesaiannya adalah dengan membetulkan keizinan (permission).

$ sudo chown -R ~/.git-credential-cache/

Batalkan git commit

Jika anda tersilap membuat commit tetapi belum push ke git, sebagai contoh commit ke branch yang salah atau salah ejaan, anda boleh batalkan commit tersebut.

Terdapat 2 cara. Cara pertama, soft reset yang mana hanya akan batalkan commit yang terbaharu tetapi tidak membatalkan perubahan pada fail anda.

$ git reset --soft HEAD~1

Cara kedua pula adalah hard reset. Cara ini berbahaya kerana segala perubahan pada fail anda akan dibatalkan.

$ git reset --hard HEAD~1

Rujukan: https://stackoverflow.com/a/3197432