Cara bermain Fortnite pada Android yang telah dipasang Magisk

Fortnite telah dibuka kepada umum, tetapi hanya terhad kepada peranti tertentu. Di sini saya akan berkongsi cara bermain pada peranti yang belum disokong, dan bagaimana cara melepasi pengesan root.

Versi pendek:

  1. Sekiranya peranti tidak disokong, ubah build.prop agar Fortnite mengesan peranti anda sebagai salah satu peranti yang di sokong.
  2. Hide Fortnite di dalam Magisk Manager di dalam /sdcard.
  3. Aktifkan Hide Magisk Manager.
  4. Aktifkan Magisk Core Only Mode
  5. Padam folder MagiskManager.
  6. But semula (reboot)

Fortnite menyokong beberapa peranti yang disenaraikan di sini. Pada masa artikel ini ditulis, senarai peranti yang disokong adalah

  • Samsung Galaxy: S7 / S7 Edge , S8 / S8+, S9 / S9+, Note 8, Note 9, Tab S3, Tab S4
  • Google: Pixel / Pixel XL, Pixel 2 / Pixel 2 XL
  • Asus: ROG Phone, Zenfone 4 Pro, 5Z, V
  • Essential: PH-1
  • Huawei: Honor 10, Honor Play, Mate 10 / Pro, Mate RS, Nova 3, P20 / Pro, V10
  • LG: G5, G6, G7 ThinQ, V20, V30 / V30+
  • Nokia: 8
  • OnePlus: 5 / 5T, 6
  • Razer: Phone
  • Xiaomi: Blackshark, Mi 5 / 5S / 5S Plus, 6 / 6 Plus, Mi 8 / 8 Explorer / 8SE, Mi Mix, Mi Mix 2, Mi Mix 2S, Mi Note 2
  • ZTE: Axon 7 / 7s, Axon M, Nubia / Z17 / Z17s, Nubia Z11

Melalui pautan di atas, EpicGames mengatakan peranti anda mungkin boleh menjalankan fortnite sekiranya mempunya spesifikasi seperti berikut

  • OS: 64 bit Android, 5.0 or higher
  • RAM: 3GB or higher
  • GPU: Adreno 530 or higher, Mali-G71 MP20, Mali-G72 MP12 or higher

Tetapi sekiranya anda tidak boleh menjalankannya, anda boleh mencuba langkah di bawah.

Bagi peranti yang tidak di sokong

Untuk bermain pada peranti yang tidak di sokong, anda perlu mengubahsuai build.prop anda selaras dengan peranti yang disokong. Dalam panduan ini, kita akan menggunakan data daripada Samsung Note 9.

Muat turun BuildProp Editor
Mulakan dengan memuat turun BuildProp Editor dahulu.

Ubah build.prop anda
Baris demi baris, cari dan gantikan mengikut teks di bawah. Sekiranya tidak ada, tambahkan sahaja.

ro.product.brand=samsung
ro.product.manufacturer=samsung
ro.build.product=crownlte
ro.product.device=crownlte
ro.product.model=SM-N960F
ro.product.name=crownltexx

Matikan USB Debugging
Kemudian, anda perlu mematikan USB Debugging. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana caranya, ikuti panduan ini.

Sorokkan Magisk

Magisk perlu disorokkan agar pengesan terbina di dalam Fortnite tidak dapat mengesannya.

Hide Fortnite
Masuk menu, lalu pergi ke Magisk Hide, tandakan aplikasi Fortnite

Hide Magisk Manager
Anda perlu sorokkan Magisk Manager. Masuk ke bahagian settings, lalu tekan
Hide Magisk Manager

Magisk akan di ulang-pasang menggunakan nama pakej yang berlainan.

Magisk Core Only Mode
Kemudian, buka kembali Magisk dan pergi ke settings sekali lagi, dan aktifkan Magisk Core Only Mode

Padam folder MagiskManager
Langkah terakhir adalah memadam folder MagiskManager yang terletak di dalam /sdcard

Kemudian but semula (reboot) dan anda boleh cuba menjalankan Fortnite.

Cara mematikan atau menghidupkan USB Debugging pada Android

USB Debugging secara am nya digunakan oleh pembangun untuk mengakses log atau memindahkan fail supaya proses membangun aplikasi menjadi lebih mudah. Oleh sebab ini, terdapat aplikasi yang enggan dijalankan sekiranya mod ini aktif. Sekiranya anda mahu mematikan fungsi ini ataupun anda seorang pembangun yang mahu mengaktifkannya, anda sedang berada di tempat yang betul.

Pilihan USB Debugging terletak di dalam Developer Options. Sekiranya anda belum mengaktifkannya, ikuti panduan yang telah saya tulis ini
Apabila anda sudah dapat mengakses Developer Options, pergi ke
Settings > Developer Options
Skrol ke bawah dan cari seksyen Debugging. Di bawahnya anda akan menjumpai pilihan USB Debugging

Di dalam gambar di atas, USB Debugging sedang aktif. Tekan suis dikanan untuk mematikannya

Sekiranya anda mahu menghidupkan, lakukan sebaliknya

Cara mengaktifkan Developer Options pada peranti Android

Developer Options mengandungi pelbagai tetapan tambahan yang biasanya tidak diperlukan oleh pengguna biasa. Namun, anda mungkin memerlukannya sekiranya anda mahu mengakses tetapan seperti USB Debugging, DPI, touch display dan sebagainya.

Pertama, anda perlu pergi ke

Settings > About Phone

Lalu tekan Build Number sebanyak 7 kali atau sebanyak mana yang diperlukan.

Setelah selesai, anda boleh menekan butang Back dan menu Developer Options akan muncul di bahagian bawah sekali

[Android] Cara menukar User Certificate kepada System

Mungkin atas sebab-sebab tertentu, anda perlukan sesuatu certificate itu dipasang pada system. Saya menulis entri ini kerana tidak menjumpai cara yang terkini.

Saya telah mencuba cara ini pada Android 7.1 AOSP. Untuk versi android yang lebih lama, path pemasangan user certificate adalah berlainan dan tidak akan anda temui di sini.

Nota:

  1. Akses root diperlukan.
  2. Semak senarai user dan system certificate di Settings > Security > Trusted Credentials.
  3. User certificate: /data/misc/user/0/cacerts-added
  4. System certificate: /system/etc/security/cacerts

Langkah 1:

Buang semua certificate kecuali yang anda mahu pindahkan. Ini untuk memudahkan pencarian kerana certificate tersebut tidak disimpan dengan nama asal.

Langkah 2:

Buka /data/misc/user/0/cacerts-added menggunakan file manager anda. Anda akan melihat senarai certificate yang namanya berakhir dengan 0 sebagai contohnya, c8750f0d. Semua di sini adalah user certificate yang anda telah pasang.

Langkah 3:

Salin certificate tadi ke dalam /system/etc/security/cacerts. Kemudian reboot.

Gunakan Poweramp Bersama Viper4Android

Poweramp adalah pemain musik yang paling popular, dan semestinya sesuai digandingkan bersama Viper4Android iaitu peningkat kesan bunyi yang amat popular. Namun anda akan mengalami masalah di mana Poweramp akan menggunakan sistem audionya sendiri.

Apa yang perlu lakukan adalah buka Poweramp seterusnya:

Settings -> Audio -> Advanced tweaks

Lalu matikan Direct Volume Control

Bagaimana untuk menghentikan perkongsian maklumat sensitif antara WhatsApp dan Facebook?

Entri kali ini akan memfokuskan cara bagaimana untuk menghentikan perkongsian data antara WhatsApp dan Facebook bagi tujuan pengiklanan.

Seperti yang anda tahu, Facebook telah membeli WhatsApp pada tahun 2014 dengan harga USD19 bilion. Namun, apa yang kita tidak tahu, privasi bukanlah sesuatu yang dititik beratkan oleh Facebook. Mana mungkin membeli WhatsApp dengan harga USD19 bilion hanya untuk memberinya pada kita secara percuma? Semestinya ada harga yang perlu kita bayar.

Pihak Facebook telah membuat pengumuman melalui blog WhatsApp mengenai perkara ini, dan kita mempunyai pilihan untuk keluar dari perkongsian maklumat ini. Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa tiada cara untuk menghentikan perkongsian maklumat ini secara menyeluruh. Anda hanya mampu untuk memilih keluar dari perkongsian maklumat bertujuan untuk pengiklanan.

Langkah 1:

Kemaskini aplikasi WhatsApp anda.

Langkah 2:

Buka WhatsApp dan anda akan melihat paparan seperti ini. Anda perlu menekan simbol yang telah ditanda merah pada gambar di bawah.

Langkah 3:

Tandakan kotak kecil seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah. Kemudian tekan Agree.

Pebble Time | Input Suara Bahasa Melayu

Nota: Panduan ni out-dated

Pebble adalah satu jam tangan pintar yang amat popular dikalangan pencinta gajet. Tetapi, satu kekurangan yang saya dapati, pengecaman input suara Bahasa Melayu tidak wujud pada jam pintar ini. Ikuti bagaimana saya mewujudkannya.

Panduan ini khas buat pengguna Pebble Time. Ini kerana saya tidak mempunyai Pebble versi lain untuk dicuba. Sekiranya anda berjaya melakukannya pada jam selain versi Time, sila tinggalkan komen anda.

Anda tidak memerlukan root pada telefon bimbit anda. Hanya jam tangan Pebble yang masih berfungsi, dan sebuah telefon bimbit Android diperlukan.

Langkah 1:
Muat turun aplikasi Pebble Time yang telah diubahsuai ini:
https://www.dropbox.com/s/24276jm3vu7s3uv/%5BMODDED%5DPebble%20Time_3.10.1-978-cfc43ce.apk?dl=0
Versi: 3.10.1-978-cfc43ce

Langkah 2:
Buang aplikasi Pebble Time yang telah dipasang pada telefon bimbit anda, dan pasangkan aplikasi yang telah saya sertakan di atas. Jangan dibuka lagi aplikasi tersebut.

Langkah 3:
Matikan sambungan internet pada telefon anda.
Setelah anda menutup talian internet, buka aplikasi yang telah dipasang tadi dan pilih jenis jam anda.
Dalam kes saya, Pebble Time.

image

Langkah 4:
Anda akan mendapat paparan “No internet connection” seperti gambar dibawah.

image

Langkah 5:
Minimize aplikasi Pebble Time tersebut dan buka kembali sambungan internet anda. Lalu kembali pada aplikasi Pebble Time tadi. Klik butang refresh (rujuk gambar di bawah).

image

Langkah 6:
Log masuk seperti biasa dan teruskan ke pemilihan input suara.

image

Langkah 7:
Anda boleh melihat pemilihan input suara di sini.
Sekiranya anda tidak melihat pilihan Bahasa Melayu, sila clear data aplikasi Pebble Time tersebut dan mulakan semula dari Langkah 1.
Bahasa Melayu akan berada di atas sekali.

image

Percubaan:
Berikut adalah gambar percubaan yang telah saya lakukan dan pengecaman Bahasa Melayu berfungsi sepenuhnya.

image

Pesanan:
Aplikasi ini telah diubahsuai, jadi berkemungkinan anda tidak akan menerima sebarang kemaskini daripada Playstore. Walaupun sekiranya ada, anda akan kehilangan input Bahasa Melayu ini.
Saya akan cuba untuk pastikan oengubahsuaian pada setiap versi yang akan datang.