Menu Close

Bagaimana untuk menghentikan perkongsian maklumat sensitif antara WhatsApp dan Facebook?

Entri kali ini akan memfokuskan cara bagaimana untuk menghentikan perkongsian data antara WhatsApp dan Facebook bagi tujuan pengiklanan.

Seperti yang anda tahu, Facebook telah membeli WhatsApp pada tahun 2014 dengan harga USD19 bilion. Namun, apa yang kita tidak tahu, privasi bukanlah sesuatu yang dititik beratkan oleh Facebook. Mana mungkin membeli WhatsApp dengan harga USD19 bilion hanya untuk memberinya pada kita secara percuma? Semestinya ada harga yang perlu kita bayar.

Pihak Facebook telah membuat pengumuman melalui blog WhatsApp mengenai perkara ini, dan kita mempunyai pilihan untuk keluar dari perkongsian maklumat ini. Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa tiada cara untuk menghentikan perkongsian maklumat ini secara menyeluruh. Anda hanya mampu untuk memilih keluar dari perkongsian maklumat bertujuan untuk pengiklanan.

Langkah 1:

Kemaskini aplikasi WhatsApp anda.

Langkah 2:

Buka WhatsApp dan anda akan melihat paparan seperti ini. Anda perlu menekan simbol yang telah ditanda merah pada gambar di bawah.

Bagaimana untuk menghentikan perkongsian maklumat sensitif antara WhatsApp dan Facebook? 1

Langkah 3:

Tandakan kotak kecil seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah. Kemudian tekan Agree.

Bagaimana untuk menghentikan perkongsian maklumat sensitif antara WhatsApp dan Facebook? 2

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x