Menu Close

Alat pengecaman muka yang boleh menjejaki individu di pelbagai laman sosial

Considering donating if you found my post helpful ๐Ÿ˜Š

Buy Me a Coffee QR Code

Hari ini, penyelidik keselamatan di Trustwave telah berkongsi sebuah alat yang dapat menjejaki individu di pelbagai lama sosial secara tepat dan pantas.

Jacob Wilkin, penyelidik berkenaan, telah memuat naik kod sumber alat yang dinamakan “Social Mapper”, ke laman Github. Kod sumber terbuka bermaksud sesiapapun boleh menggunakan alat berkenaan secara percuma sekaligus bebas untuk memodifikasi kod tersebut untuk pelbagai tujuan. Kata Jacob Wilkin, proses pencarian individu di laman sosial akan mengambil masa yang lama sekiranya dilakukan secara manual. Dengan adanya alat sebegini, pencarian secara automatik dapat dilakukan dengan pantas serta lebih tepat.

Buat masa ini, terdapat beberapa laman sosial yang disokong pencariannya:

  • LinkedIn
  • Facebook
  • Twitter
  • GooglePlus
  • Instagram
  • VKontakte
  • Weibo
  • Douban

Anda mungkin tertanya untuk apa alat ini digunakan?
Ada beberapa kemungkinan dan di amtaranya adalah:

  • Mengetahui latar belakang seseorang serta mengetahui perihal kehidupannya untuk tujuan jahat seperti kejuruteraan sosial (social engineering).
  • Membuat serangan pancingan (pishing) dengan menipu mangsa untuk menekan pautan yang mengandungi virus ataupun cuma mahu mencuri data nama dan kata laluan individu tersebut. Hal ini menjadi lebih mudah kerana kita telah mengetahui latar belakang target.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, anda boleh pergi ke laman Github ini.

Considering donating if you found my post helpful ๐Ÿ˜Š

Buy Me a Coffee QR Code
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x