Considering donating if you found my post helpful ๐
FFMPEG adalah satu perisian memproses pelbagai format media. Disini saya akan berkongsi cara memasang FFMPEG pada Ubuntu 14.04 anda dengan sangat mudah.
Terdapat beberapa cara untuk memasang FFMPEG.
1 – Bina dari sumber (source)
Cara ini agak lambat dan tidak effisien kerana terdedah kepada ralat yang banyak.
Dapatkan kod sumber di sini
2 โ Gunakan binaan statik
Semestinya amat mudah dan pantas kerana menggunakan FFMPEG yang sudah tersedia dibina. Namun tidak efisien untuk proses kemaskini. Ini kerana anda perlu melawat secara manual laman web ini untuk mengetahui sekiranya terdapat versi baharu.
Lawati http://johnvansickle.com/ffmpeg/.
3 โ aptitude
Ini adalah cara mudah yang paling saya gemari. Ini adalah kerana pemasangannya mudah serta mengemaskini juga amat pantas dan mudah.
Tambah PPA
$ sudo add-apt-repository ppa:mc3man/trusty-media
Enter sekiranya diminta pengesahan
Kemudian kemaskini sistem anda
$ sudo apt-get update
Pasang FFMPEG
$ sudo apt-get install ffmpeg -y
FFMPEG akan automatik kemaskini apabila anda menjalankan perintah (command)
$ sudo apt-get update $ sudo apt-get upgrade
Namun, hanya apabila terdapat versi baharu.
Considering donating if you found my post helpful ๐