[*Proxmox Virtual Environment (VE)*](http://pve.proxmox.com/) adalah satu platform *opensource virtualization *berlandaskan *KVM* dan *OpenVZ*. Platform ini digunakan secara meluas dalam pembangunan *VPS*.
Pada kali ini, saya akan membantu anda dalam menaiktaraf Proxmox VE versi 2.3 kepada versi 3.1.
Langkah 1:
Anda perlu lakukan ini pada clean install**server (server yang baru siap *install OS *tanpa apa-apa modifikasi dilakukan) agar tiada masalah lain yang timbul.
Sebelum memulakan, anda perlu memastikan versi *Proxmox VE *anda adalah 2.3.
Versi *Proxmox VE *anda boleh dilihat pada tampilan utama setelah anda *login *ke http://xxx.xxx.xxx.xxx:8006/
Langkah 2:
Sila login ke server anda menggunakan SSH dengan username**root.
Langkah 3:
Pastikan server anda uptodate dengan cara
apt-get update
serta
apt-get upgrade
Langkah 4:
Sila run satu persatu pada terminal anda
wget http://download.proxmox.com/debian/dists/wheezy/pve-upgrade-2.3-to-3.0
chmod +x pve-upgrade-2.3-to-3.0
Langkah 5:
*Run *pada terminal anda
./pve-upgrade-2.3-to-3.0 –download-only
Setelah selesai, anda perlu pastikan output seumpama berikut
Fetched 277 MB in 6min 7s (752 kB/s)
Download complete and in download only mode
download successful
Jika output yang anda perolehi, seperti di atas, sila teruskan ke langkah berikut
Langkah 6:
Seterusnya
./pve-upgrade-2.3-to-3.0
Langkah 7:
Pastikan anda mendapat output berikut pada akhir proses installation
run ./pve-upgrade-2.3-to-3.0 –purge if you want to remove them
apt-get clean
upgrade successful – Please reboot this node.
Langkah 8:
*Reboot**server *anda
reboot
Langkah 9:
Setelah itu, anda boleh login ke server anda http://xxx.xxx.xxx.xxx:8006/
Anda boleh melihat versi *Proxmox VE* anda sekarang.