VestaCP adalah sebuah panel kawalan(*control panel) *untuk sesebuah pelayan(*server) *bertujuan untuk memudahkan kerja membangunkan laman web. Pada hari ini, saya telah mencuba VestaCP dan terdetik untuk menulis beberapa perkara yang saya suka tentangnya.
Berkaitan dengan coretan saya sebelum ini, saya telah mencuba menggunakan Virtualmin tetapi mendapati agak sukar bagi rakan saya untuk membuat tugasan mudah seperti menambah database baharu. Bagi saya, Virtualmin lebih sesuai digunakan oleh seorang sahaja.
Jadi setelah membuat beberapa carian serta pertanyaan di forum-forum, saya telah disyorkan untuk mencuba VestaCP. Sebelum ini saya telah mencubanya, namun cuma sekejap kerana fungsinya yang terlalu ringkas. Jadi saya bertukar kembali kepada Virtualmin.
Dibawah ini saya akan senaraikan beberapa perkara yang membuat saya suka pada VestaCP.
- Tampilan yang Ringkas
*“Less is more” *itu yang dikatakan oleh pembangun VestaCP. Mereka cuba membuang semaksima mungkin elemen-elemen yang tidak penting bagi memudahkan pengguna serta bagi menyediakan panel kawalan yang pantas. Bagi sesiapa yang masih baharu dan masih tercari-cari panel apakah yang sesuai, saya mengesyorkan anda VestaCP kerana tampilannya yang ringkas serta mudah difahami walaupun bagi pengguna baharu.
- Sokongan Lebih dari Satu Pengguna
“Multi-user” adalah satu sokongan yang amat saya sukai. Sebelum ini saya cuma menggunakan Virtualmin tetapi sokongan* multiuser*nya agak lemah. Apabila saya mencuba VestaCP, saya dapati proses untuk menambah pengguna(user) amat mudah. Bukan itu sahaja, pengguna baharu tersebut akan menerima emel yang akan menyertakan alamat log masuk ke panel, serta kata laluan. Ini amat memudahkan kerana saya cuma perlu menambah pengguna disertakan emel dan tidak perlu memberitahu kepada pengguna tersebut maklumat log masuknya.
- Forum
Forum adalah satu elemen yang penting dalam projek berunsur komuniti. Di sini tempat untuk sebarang pengumuman, bantuan serta maklumat tambahan diberikan. Sekiranya anda memiliki sebarang kesulitan dan carian di Google dan seumpamanya tidak membantu, sila lawati Forum VestaCP. Apa yang saya lihat, forum ini aktif dan saya ramalkan sebarang masalah yang bakal saya hadapi boleh diselesaikan dalam masa yang singkat sekiranya saya bertanyakan di forum tersebut.
Di atas adalah beberapa faktor pandang pertama yang saya sukakan pada VestaCP terutamatampilan yang amat ringkas. Bukan sahaja memudahkan malah menjimatkan masa berbanding panel lain yang akak sukar difahami pada penggunaan pertama.
mmg rare pengguna vestacp kat malaysia ni..huhu
Ahhh. Kenangan zaman muda. haha. Dah lama tak pakai.