Mematikan fungsi hibernate pada Windows 7

Semalam, kawan saya berikan laptopnya pada saya untuk memasang semula Windows 7. Malangnya pengecasnya tak diberi, malah saya sendiri juga lupa untuk meminta. Jadi, dengan bateri yang tidak dapat dicas semula, saya hadapi masalah apabila bateri menghampiri 5%.

Mungkin ada yang tidak tahu, Windows menetapkan secara lalai supaya laptop atau komputer akan dimatikan secara automatik apabila mencapai tahap 5% dan tidak dapat diubah di dalam tetapan.

Jadi, berbekalkan bateri 6%, saya mencari penyelesaian mematikan fungsi hinernasi tersebut.
Anda cuma perlu buka cmd dengan akses administrator, kemudian taip

$ powercfg hibernate off

Untuk mengembalikan fungsi hibernasi, taip

$ powercfg hibernate on

Saya tidak mengesyorkan anda untuk mematikan fungsi ini kerana ia dapat merosakkan bateri dengan penggunaan yang kerap.