0

Cara memasang Python 3.7 pada Ubuntu

Python adalah salah satu bahasa pengaturcaraan yang paling berkuasa. Penggunaan versi yang terbaru adalah amat digalakkan, tetapi anda mungkin mengalami masalah memasangnya kerana Ubuntu verdi lama tidak menyediakan versi Python terbaru di dalam wadah (repository) lalai.

Bagi anda yang menjalankan Ubuntu versi baru seperti 17.10 atau 18.04, anda boleh memasang Python menggunakan apt

$ apt install python3.7

Jika cara di atas tidak berfungsi ataupun anda menggunakan versi Ubuntu yang lebih rendah, anda perlu membina program ini daripada sumber kod.
Terlebih dahulu, pasang pakej yang diperlukan untuk membina Python daripada sumber

$ sudo apt-get update
sudo apt-get install build-essential
sudo apt-get install libffi-dev

Lalu, muat turun serta ekstrak fail yang berkenaan

$ wget https://www.python.org/ftp/python/3.7.0/Python-3.7.0.tgz
$ tar xvf Python-3.7.0
$ cd Python-3.7.0

Mula membina

$ ./configure --enable-optimizations
$ make
$ sudo make install
  • --enable-optimizations akan menyebabkan proses kompilasi Python mengambil masa yang agak lama tetapi menjanjikan prestasi yang lebih pantas. Sekiranya anda mahu proses kompilasi yang lebih cepat, jalankan hanya ./configure tanpa --enable-optimizations

Hanya perlu tunggu proses selesai dan anda boleh menggunakan python3.7

python3.7 -V
0

Panduan Memasang pyLoad pada Linux

pyLoad adalah alat yang amat berguna untuk memuat turun fail dari file-hosting. Fungsinya utamanya sama seperti Rapidleech, Plowshare, serta jDownloader. Alat seperti ini memudahkan kerana anda tidak perlu melihat iklan sekaligus mempermudah serta mempercepatkan proses muat turun.

Sebab utama saya memilih pyLoad adalah kerana pyLoad mempunyai WebUI dan juga mempunyai komiti yang aktif. Ini amat memudahkan penggunaan saya. Tetapi, memasang pyLoad agak sulit bagi mereka yang kurang berpengalaman.

Sebelum memulakan, pastikan anda menggunakan Linux serta mempunyai akses root. Di dalam panduan ini, saya menggunakan Ubuntu 16.04 64bit.

Pasangkan pakej yang diperlukan

$ sudo apt update
$ sudo apt install python python-dev python-pip python-imaging python-qt4 libjpeg62 libjpeg62-dev tesseract-ocr rhino sqlite3

Pasang modul python menggunakan pip

$ pip install --user pycurl pycrypto pyOpenSSL jinja beaker

Muat turun kod sumber pyLoad versi stabil dari github

$ git clone -b stable https://github.com/pyload/pyload
$ cd pyload

Mulakan pyLoad buat kali pertama

$ python pyLoadCore.py

Ikut arahan di skrin dan pastikan semua parameter di system status bertanda OK.

Nota:

  • Proses ini dapat diulang dengan menggunakan parameter -s, pyload pyLoadCore.py -s.
  • Biarkan listen address pada 0.0.0.0. Gunakan 127.0.0.1 sekiranya anda hanya mahu menggunakannya pada localhost.
  • Gunakan port 1025 dan ke atas kerana port 1024 dan kebawah memerlukan akses root.

Mulakan pyLoad

$ python pyLoadCore.py

Anda akan melihat log pada paparan ssh jika pyLoad berjaya dipasang. WebUI boleh diakses pada http://localhost:8000.

Laman utama pyLoad: pyload.net (kod sumber)