[NginX] Redirect subfolder ke subdomain

Ada masa di mana anda mahu menggunakan subdomain kerana lebih kemas dan mudah berbanding subfolder. Oleh sebab ramai pengguna sudah terbiasa mengakses subfolder tersebut, anda mengalami kesulitan untuk memindahkan mereka ke subdomain.

Dalam contoh ini, saya akan memindahkan subfokder admin ke subdomain admin.example.com. Di dalam konfigurasi NginX anda, tambahkan

location ^~ /admin/ {
    rewrite ^/admin/(.*) $scheme://admin.example.com/$1 permanent;
}