0

Tiada lagi sokongan untuk Windows XP

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/59c3580f.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/59c3580f.png)
Windows XP

Windows XP adalah sejenis sistem pengoperasian komputer yang berusia lebih 12 tahun. Sistem pengoperasian komputer ini mula dikeluarkan ke pasaran pada hujung tahun 2001. Bukan saja menjanjikan fleksibiliti, tetapi juga, Windows XP menjanjikan kestabilan yang lebih tinggi berbanding versi-versi sebelumnya.

Setelah kemunculan Windows 7, penggunaan Windows XP semakin menurun dan kebanyakannya, ia digunakan di sekolah-sekolah,* cyber cafe* dan di rumah. Statistik menunjukkan bahawa Windows 7 adalah sistem pengoperasian komputer yang paling banyak digunakan tidak kira dirumah atau tujuan pekerjaan dan pembelajaran di pejabat atau sekolah-sekolah.

Pihak Microsoft menyatakan bahawa mereka tidak lagi menyokong pembangunan Windows XP dan akan memfokuskan  tenaga mereka terhadap Windows 8. Penyataan ini akan berkuatkuasa pada tarikh 8 APRIL 2014. Ini bermaksud, bermulanya tarikh tersebut, Windows XP akan dibuang dari senarai sistem pengoperasian yang mereka sokong. Bagi pengguna yang masih menggunakan Windows XP, anda tidak lagi akan menerima sebarang *updates *dari pihak Microsoft.

Jadi, adakah selamat menggunakan Windows XP selepas tarikh tersebut?
Jawapannya, bergantung pada situasi. Sistem pengoperasian yang tidak akan lagi menerima updates sudah tentu menjadi sasaran para penggodam. Ini kerana, sebarang exploit yang ditemui tidak lagi dapat di patch kelemahannya kerana pihak Microsoft tidak lagi menyokong pembangunan Windows XP ini. Oleh itu, para pengguna digalakkan menukar sistem pengoperasian anda kepada versi yang lebih baharu seperti Windows7, Windows 8 serta Windows 8.1.

Para pengguna juga perlu tahu bahawa Microsoft Security Essential (MSE) juga akan diberhentikan pengeluarannya untuk Windows XP. Kepada pengguna yang sedang menggunakan MSE, anda masih boleh menerima updates tetapi ianya sangatlah terhad. Seboleh-bolehnya, gunakan versi Windows yang lebih baharu seperti yang telah saya nyatakan.

Sekiranya anda masih bertegas untuk menggunakan Windwos XP, anda perlu berfikir bahawa, bukan sahaja updates dari pihak Microsoft akan diberhentikan, tetapi juga, pembangun-pembangun program komputer juga akan turut meningggalkan Windows XP secara perlahan-perlahan. Ini bermaksud, ada antara program yang anda gemarkan pada komputer anda, tidak lagi dapat digunakan.

Kepada pengguna yang sukar meninggalkan Windows XP, saya nasihatkan anda menggunakan Windows 7. Ini kerana sistemnya yang hampir sama cuma tampilan yang berbeza. Jika anda menggunakan Windows 8 atau Windows 8.1, anda mungkin akan berasa janggal keranya tampilannya amatlah ketara keraaa sistem pengoperasian ini dibentuk secara sepenuhnya dan berada pada tahap yang lebih baharu.

0

Memasang Nginx dan PHP-FPM pada Centos 6

Nginx disebut sebagai “engine-ex”, adalah satu reverse proxy server untuk HTTP, HTTPS, SMTP, POP3, dan IMAP. Ia adalah satu sistem yang amat ringan yang digunakan untuk menyokong webserver. Nginx adalah saingan Apache dimana kedua-duanya digunakan untuk menjalankan webserver.
Namun, Apache tidak dapat menandingi Nginx dari segi kepantasan dan ketahanan untuk handle traffic dan request webserver. Selain itu, Nginx menggunakan resources yang lebih sedikit dari Apache. Oleh kerana itu, Nginx dipilih untuk menyokong sistem webserver yang memerlukan kepantasan dan ketahanan seperti webserver WordPress, Hulu, Github dan Sourceforge.
PHP-FPM pula adalah process manager yang membantu menjalankan php pada sesebuah server.

Dalam tutorial ini, saya akan menunjukkan bagaimana untuk memasang Nginx pada Centos 6.
Apa yang anda perlu ada adalah:

  1. Server dengan Centos 6 dipasang.
  2. Root akses.
  3. Sebuah komputer atau laptop.

Langkah 1:
Update server anda

yum update -y

Langkah 2:
Add epel pada repository Centos anda.

32 bit:

rpm -Uvh http://dl.fedoraproject.org/pub/epel/6/i386/epel-release-6-8.noarch.rpm

64 bit:

rpm -Uvh http://dl.fedoraproject.org/pub/epel/6/x86_64/epel-release-6-8.noarch.rpm

Langkah 3:
Remove Apache supaya tidak terjadi error semasa menjalankan Nginx

yum erase httpd httpd-tools

Langkah 4:
Install Nginx dan php-fpm

yum install nginx php-fpm

Langkah 5:
Start Nginx dan php-fpm pada boot

chkconfig –levels 235 nginx on
chkconfig –levels 235 php-fpm on
**


****Langkah 5**:
Edit php.ini

nano /etc/php.ini

Ubah

;cgi.fix_pathinfo=1

Kepada

cgi.fix_pathinfo=0

**

**Langkah 6:
Edit configuration php-fpm

nano /etc/php-fpm.d/www.conf

Cari

listen = 127.0.0.1:9000

Ubah kepada

listen = /var/run/php5-fpm.sock

Save dan exit

Langkah 7:
Edit configuration Nginx

nano /etc/nginx/conf.d/default.conf

cari line

pass the PHP scripts to FastCGI server listening on 127.0.0.1:9000

location ~ .php$ {

root           html;

fastcgi_pass   127.0.0.1:9000;

fastcgi_index  index.php;

fastcgi_param  SCRIPT_FILENAME  /scripts$fastcgi_script_name;

include        fastcgi_params;

}

Ubah kepada

pass the PHP scripts to FastCGI server listening on 127.0.0.1:9000

location ~ .php$ {
root           /usr/share/nginx/html;
try_files $uri =404;
fastcgi_pass   unix:/var/run/php5-fpm.sock;
fastcgi_index  index.php;
fastcgi_param  SCRIPT_FILENAME $document_root$fastcgi_script_name;
include        fastcgi_params;
}

Kemudian, cari line ini

location /

Di bawah line tersebut, terdapat code ini

index index.html index.htm;

Ubah kepada

index index.php index.html index.htm;

**
**
Langkah 8:
Restart Nginx dan php-fpm

/etc/init.d/php-fpm restart
/etc/init.d/nginx restart

Langkah 9:
Test adakah nginx dan php-fpm berjaya dipasang

Create satu php test file

nano /usr/share/nginx/html/test.php

Paste code ini

Buka didalam browser anda

http://127.0.0.1/test.php

127.0.0.1 diganti dengan IP server anda.
Sekiranya berjaya dipasang, akan muncul info tentang webserver pada browser anda.

0

Sesuaikan tetapan SSH pada server

Secure Shell (SSH) adalah satu protokol komunikasi yang mana membolehkan anda berkomunikasi dengan, serta menjalankan command pada remote server. Ini bermakna anda boleh berada di rumah, sekolah atau pejabat, tetapi dalam masa sama anda oleh mengawal server anda dari jauh.

Bagi anda yang menyewa server tidak kira VPS atau DEDI, perkara asas yang anda perlu tahu adalah bagaimana untuk menambah security pada server anda terutamanya SSH. Disini saya akan menunjukkan cara-cara mudah untuk anda meningkatkan tahap keselamatan server anda.
Login menggunakan root adalah satu kesilapan dimana fail-fail sistem mungkin diubah oleh kesilapan user sendiri. Dengan menggunakan user lain dengan akses sudo, ini dapat mengelakkan fail-fail sistem diubah.

Apa yang perlu anda ada:

  1. Server yang mempunyai akses root.
  2. Centos 6. OS lain kemungkinan mempunyai konfigurasi yang berlainan.
  3. Sebuah komputer/laptop. Smartphone tidak digalakkan.
  4. Putty. [Download] (Sekiranya anda menggunakan windows)
  5. Otak yang masih berfungsi.

Langkah 1:
Login menggunakan *root *pada server anda menggunakan putty sekiranya anda menggunakan windows. Jika anda menggunakan linux, sila gunakan Terminal.

Langkah 2:
Add user baharu pada server anda. Dalam panduan ini, saya menggunakan username demo.

adduser demo

Ubah password user yang telah anda create tadi.

passwd demo

Taip password  baharu dan sila ingat atau catat dimana-mana kerana password ini tidak dapat di recover jika hilang.

Langkah 3:
Add user pada list sudoers. Ini supaya user tadi diberikan akses root.

nano /etc/sudoers

Cari line ini:

root       All=(ALL)     ALL

Pada bawah line ini, sila tambah

demo    ALL=(ALL)   ALL

Save dan exit.

Langkah 4:
Edit ssh configuration file

nano /etc/ssh/sshd_config

Edit port dan gunakan port range 1025-65536. Dalam tutorial ini, saya gunakan 20000
Cari line

Port 22

Ubah kepada

Port 20000

Cari line:

PermitRootLogin yes

Ubah kepada:

PermitRootLogin no

Pergi ke bahagian bawah skali dan tambah line ini:

AllowUsers demo

Save dan exit.

Langkah 5:
Restart ssh

sshd restart

Langkah 6:
Login gunakan demo dan gunakan seperti biasa. Apabila anda perlukan akses root, gunakan sudo. sila lihat contoh dibawah:

sudo restart httpd

0

Root Xperia C menggunakan Framaroot

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/sony-xperia-c-400×400-imadp6wdsqwwqksy.jpeg)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/sony-xperia-c-400×400-imadp6wdsqwwqksy.jpeg)
Xperia C

Xperia C adalah sebuah peranti android daripada Sony yang dilancarkan pada Jun 2013. Xperia C adalah phone bajet dimana harganya adalah kelas mid-range. Ciri-ciri smartphone ini boleh dilihat di [GSMARENA](http://www.gsmarena.com/sony_xperia_c-5541.php).

Bagi kebanyakan pengguna android, root adalah satu kemestian tidak kira model peranti android yang dimiliki. Root membolehkan kita mendapat akses untuk mengubah fail-fail sistem serta menggunakan aplikasi yang memerlukan akses root.

Sebelum memulakan, pastikan anda memiliki benda yang disenaraikan dibawah:

  1. Xperia C yang masih belum di root
  2. Aplikasi Framaroot [Download version 1.9.1 disini] [Mirror]

Langkah 1:

  • Pada Xperia C anda, sila masuk ke Settings>>Security>>Device Administration
  • Pada Unknown Sources, sila tanda pada kotak kecil di kanan.

Langkah 2:
Install aplikasi framaroot yang telah di download tadi pada phone anda.
Setelah itu, sila run.

Langkah 3:
** **Sila klik tulisan Boromir [Rujuk gambar dibawah]

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/Screenshot_2014_03_19_17_03_09.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/Screenshot_2014_03_19_17_03_09.png)

**Langkah 4**:
Power off peranti anda dan nyalakan semula.
Setelah itu, anda boleh menggunakan eranti anda dengan akses root.

0

Memasang HandBrake-cli pada Centos 6

HandBrake adalah satu software yang digunakan untuk convert video dari bermacam format ke video dengan bermacam codec. Software ini adalah open-source bermakna anda boleh menggunakannya secara percuma tanpa sebarang batasan. HandBrake menjadi pillihan ramai kerana ia boleh convert hampir semua video dan ia juga boleh convert ke bermacam jenis codec.

Jadi, pada kali ini saya akan mengajar anda cara-cara memasang HandBrake-cli pada Centos 6. Tutorial ini telah dicuba pada Centos 6.4 dan 6.5.

Sebelum anda memulakan langkah-langkah yang akan dinyatakan, pastikan anda mempunyai akses root ke atas server anda.

Langkah 1:
Install EPEL repo

rpm -Uvh http://dl.fedoraproject.org/pub/epel/6/x86_64/epel-release-6-8.noarch.rpm

Langkah 2:

Install beberapa package yang diperlukan.

yum groupinstall ‘Development Tools’
yum install fribidi-devel yasm webkitgtk-devel gstreamer-devel gstreamer-plugins-base-devel bzip2-devel
yum install libgudev1-devel libnotify-devel libass-devel libsamplerate-devel libogg-devel libtheora-devel libvorbis-devel

Langkah 3:

Check SVN untuk code yang latest dan build

cd /usr/local/src/
svn co svn://svn.handbrake.fr/HandBrake/trunk handbrake-svn
cd handbrake-svn
./configure –launch –disable-gtk
cp build/HandBrakeCLI /usr/local/bin/

Langkah 4:

HandBrakeCLI telah siap dipasang. Anda boleh check version yang anda gunakan dengan cara menaip:

HandBrakeCLI -u