Menu Close

Tiada lagi sokongan untuk Windows XP

Considering donating if you found my post helpful 😊

Buy Me a Coffee QR Code
[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/59c3580f.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/03/59c3580f.png)
Windows XP

Windows XP adalah sejenis sistem pengoperasian komputer yang berusia lebih 12 tahun. Sistem pengoperasian komputer ini mula dikeluarkan ke pasaran pada hujung tahun 2001. Bukan saja menjanjikan fleksibiliti, tetapi juga, Windows XP menjanjikan kestabilan yang lebih tinggi berbanding versi-versi sebelumnya.

Setelah kemunculan Windows 7, penggunaan Windows XP semakin menurun dan kebanyakannya, ia digunakan di sekolah-sekolah,* cyber cafe* dan di rumah. Statistik menunjukkan bahawa Windows 7 adalah sistem pengoperasian komputer yang paling banyak digunakan tidak kira dirumah atau tujuan pekerjaan dan pembelajaran di pejabat atau sekolah-sekolah.

Pihak Microsoft menyatakan bahawa mereka tidak lagi menyokong pembangunan Windows XP dan akan memfokuskan  tenaga mereka terhadap Windows 8. Penyataan ini akan berkuatkuasa pada tarikh 8 APRIL 2014. Ini bermaksud, bermulanya tarikh tersebut, Windows XP akan dibuang dari senarai sistem pengoperasian yang mereka sokong. Bagi pengguna yang masih menggunakan Windows XP, anda tidak lagi akan menerima sebarang *updates *dari pihak Microsoft.

Jadi, adakah selamat menggunakan Windows XP selepas tarikh tersebut?
Jawapannya, bergantung pada situasi. Sistem pengoperasian yang tidak akan lagi menerima updates sudah tentu menjadi sasaran para penggodam. Ini kerana, sebarang exploit yang ditemui tidak lagi dapat di patch kelemahannya kerana pihak Microsoft tidak lagi menyokong pembangunan Windows XP ini. Oleh itu, para pengguna digalakkan menukar sistem pengoperasian anda kepada versi yang lebih baharu seperti Windows7, Windows 8 serta Windows 8.1.

Para pengguna juga perlu tahu bahawa Microsoft Security Essential (MSE) juga akan diberhentikan pengeluarannya untuk Windows XP. Kepada pengguna yang sedang menggunakan MSE, anda masih boleh menerima updates tetapi ianya sangatlah terhad. Seboleh-bolehnya, gunakan versi Windows yang lebih baharu seperti yang telah saya nyatakan.

Sekiranya anda masih bertegas untuk menggunakan Windwos XP, anda perlu berfikir bahawa, bukan sahaja updates dari pihak Microsoft akan diberhentikan, tetapi juga, pembangun-pembangun program komputer juga akan turut meningggalkan Windows XP secara perlahan-perlahan. Ini bermaksud, ada antara program yang anda gemarkan pada komputer anda, tidak lagi dapat digunakan.

Kepada pengguna yang sukar meninggalkan Windows XP, saya nasihatkan anda menggunakan Windows 7. Ini kerana sistemnya yang hampir sama cuma tampilan yang berbeza. Jika anda menggunakan Windows 8 atau Windows 8.1, anda mungkin akan berasa janggal keranya tampilannya amatlah ketara keraaa sistem pengoperasian ini dibentuk secara sepenuhnya dan berada pada tahap yang lebih baharu.

Considering donating if you found my post helpful 😊

Buy Me a Coffee QR Code
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x