Menu Close

Cara menukar nameserver domain .MY

Mungkin bagi pengguna baru domain berekstensi .MY, akan mempunyai kesukaran untuk menukar nameserver. Di sini saya akan menunjukkan cara-cara lengkap untuk menukar nameserver.
Sebelum anda mulakan, pastikan domain anda telah disahkan, dan boleh digunakan. Domain yang masih dalam pengesahan, tidak dapat mengikuti cara-cara ini.

Langkah 1:
-Pergi ke laman login mynic => [DISINI]
-Sila login menggunakan username dan password yang anda terima melalui email pada masa domain anda disahkan.
-Harap maklum, username dan password login di MYNIC adalah lain daripada login pada website reseller anda.

*Selain dari melawat pautan di atas, anda juga boleh pergi ke laman rasmi MYNIC dan klik login.

Langkah 2:
Setelah login, anda akan diminta memasukkan “Contact Code” contact code adalah ID contact anda. ID ini dihantar melalui email ke inbox selepas domain anda disahkan. Contoh contact code adalah:

CKEY0000*****

  • adalah bertujuan untuk menyembunyikan ID saya demi keselamatan.

Langkah 3:
-Anda akan dibawa masuk ke Dashboard.
-Sila klik menu *Modify Domain *seperti gambar dibawah

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/B58xkfr.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/B58xkfr.png)

**Langkah 4**:

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/cSuaO7l.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/cSuaO7l.png)

1. Pada **[Domain Name]**, sila masukkan nama domain anta tanpa ekstensi.
2. Dan pada bahagian bawah, sila pilih ekstensi domain anda. Bergantung, sekiranya domain anda didaftarkan untuk organisasi, pilih Organisation, sekiranya individu atau institusi atau agensi kerajaan, pilihlah *Individual *atau *Government Agency / Institution*. Sila abaikan kotak-kotak lain. Kemudian, sila klik *Search.*

Langkah 5:
Anda akan dipaparkan dengan list domain anda.

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/JF8cuWu.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/JF8cuWu.png)

Sila *tick *domain yang berkenaan dan click *modify*

Langkah 6:
Pada page ini, anda akan dipaparkan dengan menu-menu untuk mengubah maklumat domain anda.
Menu yang anda perlukan adalah Modify Name Server. Sila rujuk gambar dibawah.

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/JKHyydg.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/JKHyydg.png)

Bagi yang tidak mempunyai menu tersebut, sila lihat langkah seterusnya.

Langkah 7:
-Sila skip langkah ini kecuali anda tidak mempunyai menu seperti di atas.
-Apa yang anda perlu lakukan adalah *tick *menu Appoint a New Technical Contact.
-Pilih Existing dan masukkan ID Contact.
-ID ini adalah sama dengan ID yang saya sebutkan pada Langkah 2.
-Setelah itu, sila klik modify yang terletak di bawah kanan halaman.
-Sila tunggu email pengesahan dari MYNIC sebelum anda teruskan langkah dibawah.

Langkah 8:
-Sila *tick *menu Modify Name Server dan senarai maklumat yang anda perlu ubah akan muncul.
-Saya menganggap anda adalah pengguna .MY yang baharu. Jadi, anda perlu tukarkan nameserver yang baharu.
-Pilih *Add / Remove / Change Name Server *.

-Anda juga boleh pilih *Modify Name Server IP *sekiranya anda hanya mahu mengubah IPv4 dan IPv6 sahaja.

Langkah 8:
-Jika anda menggunakan nameserver sediaada dari *Cloudflare *atau dari *webhosting, sila klik iconCara menukar nameserver domain .MY 1 *
-Paste**nameserver anda dan pilih dibahagian list dan select
*–*Sekiranya anda menggunakan *nameserver sendiri *ataupun nameserver**webhosting/dns anda tidak ditemui, sila klik icon Cara menukar nameserver domain .MY 2 dan isikan maklumat yang diminta.

Langkah 9:
Klik modify dan pastikan tiada error yang muncul.
Tunggu email pengesahan dari MYNIC dan sila tunggu 24-48 jam untuk proses penukaran selesai.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x