Considering donating if you found my post helpful 😊
Mungkin ada antara anda yang mendapat *server* yang pada asalnya bahasa spanyol, perancis dan sebagainya. Jadi pada kali ini saya ingin menunjukkan cara-cara untuk menukar bahasa asal kepada Inggeris (English).
Panduan ini saya demonstrasikan pada Dedicated server yang menjalankan OS Centos 6.4 64bit.
Panduan ini boleh juga digunakan pada VPS Centos 6 dan keatas. Saya tidak pasti samaada panduan ini boleh digunakan pada Centos 5.
Langkah 1:
Install nano. Nano adalah program yang digunakan untuk mengubah teks dalam sesebuah fail. Anda juga boleh menggunakan vim tetapi saya menggalakkan nano kerana muda untuk mengikuti panduan ini..
yum install nano -y
Langkah 2:
Edit tetapan locale
nano /etc/sysconfig/i18n
Anda akan melihat beberapa baris tetapan. Sebagai contoh server yang saya gunakan
LANG=fr_FR.UTF-8
SYSFONT=latarcyrheb-sun16
Langkah 3:
Tukarkan kepada locale English
Sebagai contoh, dalam tetapan di atas, menunjukkan saya mempunyai sistem yang pada asalnya menggunakan bahasa perancis.jadi saya akan tukarkan dari
LANG=fr_FR.UTF-8
kepada
LANG=en_US.UTF-8
**Langkah 4**:
Simpan dan keluar
Tekan CTRL+O
Dan Enter
Langkah 5:
Taip
source /etc/sysconfig/i18n
Dan Enter
Sekarang bahasanya English
Jika bahasanya tidak bertukar ke English, sila reboot server anda
Considering donating if you found my post helpful 😊