Considering donating if you found my post helpful 😊
Cara mudah kemaskini versi PHP kepada 5.4 untuk Centos 6. Mungkin anda memerlukan versi yang lebih baharu kerana keperluan menjalankan kod php anda. Anda boleh melihat versi semasa PHP anda dengan menaip
$ php -v
Ada beberapa sebab mengapa anda memerlukan versi yang lebih tinggi. Dalam kes saya, saya memerlukan minimum versi 5.4 untuk menggunakan UserFrosting.
Di sini saya ingin menunjukkan cara mudah untuk mengemaskini versi PHP anda. Pastikan anda menggunakan Centos 6.
Langkah 1:
Pasang repository REMI serta EPEL
$ wget http://dl.fedoraproject.org/pub/epel/6/i386/epel-release-6-8.noarch.rpm $ wget http://rpms.famillecollet.com/enterprise/remi-release-6.rpm $ rpm -Uvh remi-release-6*.rpm epel-release-6*.rpm
Langkah 2:
Aktifkan repository REMI
$ cd /etc/yum.repos.d $ nano remi.repo
Tukarkan
enabled=0
kepada
enabled=1
Tutup dan simpan perubahan
CTRL + X Taip y dan ENTER
Langkah 3:
Kemaskini mysql. Dengan cara ini, segala pakej PHP juga akan turut dikemaskini
$ yum install mysql
Kemudian kemaskini mysql
$ mysql_upgrade -u root -p
- Masukkan password anda sekiranya diminta
Sekiranya anda mendapat ralat seperti dibawah, sila pergi ke langkah tambahan.
ERROR 1436 (HY000) at line 1151: Thread stack overrun: 8864 bytes used of a 131072 byte stack, and 128000 bytes needed. Use 'mysqld --thread_stack=#' to specify a bigger stack. FATAL ERROR: Upgrade failed
Langkah Tambahan:
Edit konfigurasi mysql
$ nano /etc/my.cnf
Edit dan jadikan nilai thread_stack
seperti dibawah
thread_stack = 256K
Tutup dan simpan
CTRL + x Taip y dan ENTER
Restart mysql
service mysqld restart
Langkah 4:
Edit konfigurasi PHP
$ nano /etc/httpd/conf.d/php.conf
Buang atau komen (#)
SetHandler application/x-httpd-php
Gantikan dengan
AddHandler php5-script .php
PHP-mbstring juga diperlukan untuk beberapa keadaan
$ yum install php-mbstring
Langkah 5:
Restart PHP
$ service httpd restart
Sekarang anda boleh memeriksa versi PHP anda dengan
php -v
Considering donating if you found my post helpful 😊