Cara memasang adminMongo

adminMongo adalah satu alternatif untuk melihat dan mengubah data di dalam mongoDB dengan menggunakan pelayar. Di sini saya akan menerangkan cara memasang yang amat mudah.

Langkah 1:
Pastikan server anda telah dipasang mongoDB. Jika anda tiada mongoDB, panduan ini bukan untuk anda.

Langkah 2:
Pada terminal SSH, jalankan perintah ini untuk memasang package yang diperlukan. Akses root atau sudo diperlukan.

sudo apt-get install nodejs-legacy npm git

Langkah 3:
Muat turun fail yang diperlukan, ke server anda.
sudo git clone https://github.com/mrvautin adminMongo.git && cd adminMongo

Langkah 4:
Mulakan pemasangan adminMongo

npm install

Langkah 5:
Mulakan adminMongo

npm start

Langkah 6:
adminMongo sudah dipasang dan juga sudah dimulakan. Anda boleh mengaksesnya pada **http://127.0.0.1:1234 (Gantikan 127.0.0.1 kepada ip/host server anda.

Sekiranya anda mahu menggunakan port selain 1234, buka dan edit fail /config/app.json

{
    “app”: {
        “host”: “10.0.0.1”,
        “port”: **1234**
    }
}

Laman rasmi: https://github.com/mrvautin/adminMongo

Cara memasang adminMongo
Share this