Considering donating if you found my post helpful ๐
Saya menghabiskan masa hampir 3jam untuk membuat reverse proxy berjalan dengan betul. Pada mulanya segala konfigurasi yang saya tulis tidak berkesan walaupun saya telah merujuk pelbagai forum dan artikel. Saya reload konfigurasi menggunakan sudo systemctl reload nginx
.
Kemudian setelah berjam lamanya saya agak musykil dan mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana saya sedar segala konfigurasi yang saya taip, tidak dipatuhi. Malah saya cuba membuang bahagian location /path {}
tetapi Nginx masih mengunakan bahagian yang telah saya buang itu.
Apa yang saya lakukan adalah restart Nginx dengan systemctl restart nginx
dan saya dapati Nginx gagal memuat semula kerana ketiadaan 1 folder yang berada di dalam konfigurasi. Saya membetulkan masalah itu lalu restart Nginx semula. Setelah itu, semua berfungsi secara yang saya kehendaki.
Pengajarannya adalah, sentiasa memastikan Nginx berjalan dengan baik sebelum mengubah konfigurasi.
Anda boleh menyemak sebarang kesilapan pada konfigurasi Nginx dengan menaip sudo nginx -t
.
Kesimpulannya, restart proses Nginx sekiranya Nginx tidak mematuhi konfigirasi yang telah anda tulis.
Considering donating if you found my post helpful ๐