Considering donating if you found my post helpful 😊
Kebanyakan orang menggunakan VPN atau PROXY untuk melepasi had kuota internet ataupun membuka laman sesawang yang telah disekat oleh ISP. Tetapi, ada juga orang yang menggunakan servis VPN dan Proxy untuk melindungi IP mereka semasa melakukan aktiviti tertentu.
Dalam post ini, saya ingin mengetengahkan isu keberkesanan VPN dan Proxy yang anda gunakan semasa memuat-turun* torrent*. Mungkin VPN atau Proxy yang anda gunakan kelihatan sempurna kerana apabila anda membuat semakan diinternet, misalnya What Is My IP dan mendapati IP anda telah ditukar kepada IP lain.
Namun, anda perlu ketahui, tidak semua VPN atau Proxy berkesan dalam menyembunyikan IP anda terutamanya dalam protokol tersembunyi seperti torrent.
Di sini, saya akan sertakan cara-cara untuk menyemak samaada IP anda didedahkan semasa memuat-turun torrent atau tidak.
Pastikan anda mempunyai torrent client dan sambungan internet yang berfungsi semasa mengikuti langkah-langkah di bawah.
Dalam panduan di bawah, saya gunakan uTorrent.
Langkah 1:
Dengan menggunakan browser yang menyokong javascript, lawat IPMagnet
Pastikan IP dan javascript pada browser anda dikesan oleh website tersebut
**Langkah 2**:
Sila gunakan Magnet Link yang terdapat pada *website* tersebut pada torrent* client* anda.
**Langkah 3**:
Mulakan proses *leeching* torrent pada torent *client* anda.
Pastikan torrent anda berjalan.
**Langkah 4**:
Buka *browser *anda, perhatikan *website* yang telah anda buka tadi.
IP anda akan muncul.
Sekiranya tidak muncul, anda perlu klik *button**update*
Sekiranya IP sebenar anda yang muncul, bermakna VPN atau Proxy anda tidak berfungsi dengan sebaiknya atau mungkin berlaku dalam proses pemasangan pada server. Sila gunakan VPN lain atau laporkan pada pembangun VPN tersebut.
Jadi, adakah VPN atau Proxy anda berkesan?
Considering donating if you found my post helpful 😊