Mematikan fungsi hibernate pada Windows 7

Semalam, kawan saya berikan laptopnya pada saya untuk memasang semula Windows 7. Malangnya pengecasnya tak diberi, malah saya sendiri juga lupa untuk meminta. Jadi, dengan bateri yang tidak dapat dicas semula, saya hadapi masalah apabila bateri menghampiri 5%.

Mungkin ada yang tidak tahu, Windows menetapkan secara lalai supaya laptop atau komputer akan dimatikan secara automatik apabila mencapai tahap 5% dan tidak dapat diubah di dalam tetapan.

Jadi, berbekalkan bateri 6%, saya mencari penyelesaian mematikan fungsi hinernasi tersebut.
Anda cuma perlu buka cmd dengan akses administrator, kemudian taip

$ powercfg hibernate off

Untuk mengembalikan fungsi hibernasi, taip

$ powercfg hibernate on

Saya tidak mengesyorkan anda untuk mematikan fungsi ini kerana ia dapat merosakkan bateri dengan penggunaan yang kerap.

Langkah-Langkah Membuat Pengira Jumlah Kekunci Skrin Dibuka

Pada entri saya yang terakhir 3 hari lepas, saya menunjukkan beberapa gambar menunjukkan widget yang mengira jumlah kekunci skrin dibuka.
Pada entri kali ini, saya akan mengajar cara membuatnya.

Langkah 1:
Pada Tasker, Matikan fungsi beginner mode di dalam Preferences > UI.
Kemudian kembali ke menu utama Tasker.

Langkah 2:
Pergi ke menu VARS dan cipta nilai baharu dengan cara menetakan simbol +. Berikannya nama %Unlockscr.

Klik pada ruang kosong sebelah kanan %unlockscr dan berikannya nilai 0.

Langkah 3:
Pergi ke menu Profiles dan cipta profil baharu dengan cara menekan simbol +. Anda boleh membiarkan namanya kosong atau isikan dengan nama yang bersesuaian.

Pada menu yang muncul, pilih Events.
Pilih Display kemudian Display Unlocked.

image

Tekan butang Back untuk menyimpan profil ini.
Akan muncul menu tasks, pilih New Task.

image

Klik + untuk menambah tugasan baharu.
Pilih Variables > Variable set.
Pada Name, isikan %Unlockscr.
Pada To, isikan %Unlockscr + 1
Dan tandakan Do Maths.

image

Tekan butang Back untuk simpan tugasan tersebut.
Kemudian klik simbol + untuk tambah tugasan baharu.
Pilih Plugins > Minimalistic > Minimalistic Text.

image

Pada variable name, isikan perkataan unlockscr
Pada variable content pula isikan %Unlockscr

image

Klik ok untuk simpan.
Tekan butang Back untuk menyimpan tugasan ini.

Langkah 4:
Pergi ke Skrin Utama peranti anda, tambah widget.
Pilih widget Minimalistic yang bersesuaian.

image

Pilih Simple Time

image

Pada bahagian Layout, padam barisan sedia ada dengan cara tekan simbol kecil di kanan kotak kemudian pilih Delete Row.
Kemudian klik simbol + untuk menambah tulisan.
Pergi ke MISC dan tandakan pada Static text dan klik ok.

image

image

Klik pada kotak yang muncul untuk sesuaikan tulisan mengikut kretiviti anda.

image

image

Klik + untuk menambahkan fungsi mengira.
Pergi ke MISC dan tandakan Locale variable

image

Jika kotak local variable berada di bawah, tekan dan tahan, kemudian seret kotak itu ke sebelah kotak teks.
Klik pada kotak locale variable untuk edit.
Pada Variable name, isikan dengan unlockscr
Kemudian tekan ok.

image

Kalau perlu, tambahkan lagi tulisan.
Setelah siap, akan jadi seperti dibawah

image

Klik simbol disket kecil di atas untuk menyimpan.
Anda boleh ke Skrin Utama peranti anda untuk melihat widget yang telah di letakkan tadi

image

Tutup skrin anda kemudian buka kunci skrin.

image

Langkah Tambahan:
Sekiranya anda mahu menetapkan semula pada masa-masa tertentu, tetapkan tugasan untuk menukar nilai %Unlockscr kepada 0

Cipta profil baru dan pilih Time.
Tetap masa yang anda mahukan. Dalam gambar di bawah saya menggunakan waktu 12malam atau jam 0000.

image

Untuk Task, pilih Variable Set.
Tetapkan Name kepada %Unlockscr dan To kepada 0.
Tekan butang Back untuk simpan.

image

Facebook Versi Terakhir Yang Menggunakan Pemain Video Luaran

Kerana bosan pagi tadi, saya cuba mencari versi terakhir aplikasi facebook untuk android yang mana menggunakan pemain video luaran untuk memainkan video.

Saya pasti ramai di antara anda memerlukan fungsi lama ini kembali kerana versi facebook untuk android sekarang tidak lagi menyokong pemain video luaran. Video yang terkandung di dalam apkikasi facebook itu akan dimainkan secara lalai di dalam aplikasi facebook itu sendiri.

Bagi anda yang ingin memuat turun video, pastinya sukar kerana anda perlu mengakses melalui pelayar laman web. Anda boleh membuang updates dan menggunakan versi asal pada android anda, tetapi sudah pasti paparan serta tahap keselamatan mungkin agak ketinggalan zaman. Jadi, dengan menggunakan versi terakhir yang masih menyokong pemain video luaran dapat mengurangkan risiko anda daripada mengalami sebarang masalah yang tidak diingini.

Silakan muat turun dari sini (Versi 10.0.0.28.27)

Sumber aplikasi: APKFUN

Centos 7 | Cara Menukar Firewalld Kepada Iptables

Firewalld berfungsi sebagai filter bagi jaringan internet pada Centos 7. Boleh dikatakan fungsinya sama seperti iptables yang mana boleh ditetapkan rules untuk mengawal jaringan keluar dan masuk. Saya lebih sukakan iptables kerana sejak awal lagi sudah saya gunakannya. Jadi di sini saya akan terangkan cara menukar dari firewalld kepada iptables.

Hentikan firewalld

$ systemctl stop firewalld
$ systemctl mask firewalld

Pasang iptables

$ yum install iptables-services

Pastikan iptables dimulakan pada boot

$ systemctl enable iptables

Start iptables

$ systemctl start iptables

Edit dan setelah itu simpan dengan cara

service iptables save

Cara Menukar Default Editor bagi Crontab

Crontab adalah satu kemudahan yang wujud di dalam sistem Linux yang digunakan untuk melakukan tugas secara automatik pada setiap masa yang ditetapkan.

Sekiranya anda cuba menyunting crontab, mungkin anda akan dipaparkan dengan editor pico. Jadi di sini saya ingin menunjukkan cara menukar kepada editor kegemaran anda. Dalam kes ini, nano.

Jalankan perintah ini

export EDITOR=nano

Tetapi ini tidak kekal dan akan kembali kepada lalai setelah anda log keluar sesi shell.
Untuk menetapkannya secara kekal, buka

~/.profile

Dan tambahkan perintah tadi di bawah sekali

export EDITOR=nano