Considering donating if you found my post helpful ๐
Syarikat gergasi yang amat terkenal dengan peranti Flagship Killer iaitu OnePlus One mengumumkan akan menambah Malaysia ke senarai rasmi negara yang di sokong.
Perkara ini dinyatakan di dalam laman web Oneplus apabila mereka sedang mencari pekerja untuk memegang jawatan Pengarah Urusan bagi cawangannya di Malaysia.
Ini adalah langkah yang tepat bagi OnePlus kerana jumlah pembeli di Malaysia agak ramai dan satu-satunya cara untuk pembeli dari Malaysia memiliki OnePlus One adalah melalui sistem undangan yang memerlukan banyak kerja untuk proses penghantaran serta melibatkan kos yang tinggi. Selain itu, OnePlus One juga boleh dimiliki dengan cara membeli dari penjual seperti Directd atau SatuGadget yang mengimport set OnePlus One ke Malaysia dan menjualnya semula di sini.
Set-set import berkenaan adalah set China yang mana tidak mempunyai tulisan CYANOGEN di bahagian belakang peranti. Dan berita ini pastinya menggembirakan peminat OnePlus One kerana boleh memiliki set original peranti berkenaan serta tulisan CYANOGEN dicetak di belakang peranti berkenaan.
Bagi saya, ini adalah satu langkah yang besar kerana bakal pembeli OnePlus One tidak perlu risau tentang jaminan lagi. Malah saya sendiri masih tidak membeli peranti tersebut kerana risaukan tentang jaminan.
Saya mengharapkan OnePlus akan membuka cawangan mereka di sini secepat mungkin serta menawarkan peranti OnePlus One dengan harga yang agak rendah berbanding harga set yang dijul pada masa sekarang.
SUMBER: OnePlus
Considering donating if you found my post helpful ๐