Menu Close

Penyalahgunaan dana oleh MYNIC

Laporan daripada Ketua Audit Negara menungkao penyalahgunaan dana oleh MYNIC. Malaysia Network Information Centre (MYNIC) Bhd, adalah organisasi yang bertanggungjawab ke atas domain .my.

Beberapa hari yang lepas, Ketua Audit Negara, mengeluarkan laporan bahawa dana sebanyak RM5.65 juta sigunakan tanpa mendapat kebenaran daripada kementerian.

Sebanyak RM42.09 telah diberikan kepada MYNIC sejak 2011 sehingga 2017 yang mana RM41.11 juta untuk pembangunan dan RM975,000 untuk geran pengoperasian.

Laporan audit menyatakan sebanyak RM3.68 juta daripada Plan Malaysia Ke-10 dan RM1.97 juta daripada Plan Malaysia Ke-11 telah disalahgunakan tanpa mendapat persutujuan daripada kementerian.

Dana tersebut disalahgunakan untuk membayar kos operasi, tuntutan perjalanan, insuran, pembayaran bil , kos sewaan premis, dan caj bulanan parkir. Selain itu , sebanyak RM90,381 digunakan untuk derma serta menjalankan program “Kopi bersama MYNIC”. Penggunaan dana ini terpesong dari tujuan utama dana diberikan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x