Considering donating if you found my post helpful 😊
Saya seringkali menghadapi masalah sambungan MySQL dari jarak jauh apabila berpindah pelayan (server). Di sini saya ingin berkongsi perkara yang harus dilakukan agar sambungan jarak jauh (remote connection) berfungsi.
Pastikan anda mempunyai akses root. Kemudian, edit /etc/mysql/my.cnf
:
$ sudo nano /etc/mysql/my.cnf
Kemudian cari bahagian ini:
bind-address = 127.0.0.1
Dan comment baris tersebut seperti berikut
#bind-address = 127.0.0.1
Langkah terakhir adalah restart proses MySQL
$ sudo service mysql restart
Jangan lupa bahawa anda masih perlu menambah akaun di dalam database anda dengan akses dari localhost
serta Any Host
yang mana kedua-dua mempunyai username
yang sama
Considering donating if you found my post helpful 😊