Menu Close

Pengaktifan Remote Connection MySQL

Saya seringkali menghadapi masalah sambungan MySQL dari jarak jauh apabila berpindah pelayan (server). Di sini saya ingin berkongsi perkara yang harus dilakukan agar sambungan jarak jauh (remote connection) berfungsi.

Pastikan anda mempunyai akses root. Kemudian, edit /etc/mysql/my.cnf:

$ sudo nano /etc/mysql/my.cnf

Kemudian cari bahagian ini:

bind-address = 127.0.0.1

Dan comment baris tersebut seperti berikut

#bind-address = 127.0.0.1

Langkah terakhir adalah restart proses MySQL

$ sudo service mysql restart

Jangan lupa bahawa anda masih perlu menambah akaun di dalam database anda dengan akses dari localhost serta Any Host yang mana kedua-dua mempunyai username yang sama

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x