Telegram webhook Read timeout expired

Bagi anda yang mempunyai masalah bot di Telegram tidak berfungsi secara tiba-tiba, anda boleh menyemak status webhook anda dengan menggunakan getWebhookInfo

Dalam kes saya, last_error_message menyatakan Read timeout expired. Error ini mengatakan bahawa server saya tidak memberi respon dalam jangka masa yang panjang.

Penyelesaiannya agak mudah, tapi bergantung kepada bahasa program yang anda gunakan. Anda cuma perlu menghantar respon kod HTTP 2xx setiap kali Telegram menghantar sebarang update. Ini supaya Telegram tidak tertunggu-tunggu sekiranya kod anda melakukan sesuatu yang mengambil masa yang lama.

Bagi pengguna PHP-FPM seperti saya, anda boleh menggunakan fastcgi_finish_request()

Telegram webhook Read timeout expired
Share this