Menu Close

Berbaloikah kita melanggan vpn dari pihak ketiga ?

Considering donating if you found my post helpful 😊

Buy Me a Coffee QR Code
[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/05/photo-VPN.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/05/photo-VPN.png)

Pada masa kini, kita boleh lihat servis VPN semakin meningkat permintaannya dan ramai pihak yang cuba menceburi bidang ini. Ada yang menggunakan program *reseller* dan ada yang mengupah *freelancer* untuk memasang VPN pada server, membuat *website, *serta mencipta *software client *VPN untuk kemudahan pelanggan.

Walaupun terlalu banyak servis VPN boleh kita pilih, tetapi persoalannya, berbaloikah kita melanggan VPN dari pihak ketiga? Adakah cara yang lebih baik selain melanggan?
Jawapannya tidak dan ya. Dalam setiap pilihan, ada pro dan kontra.

Bagi pengguna yang melanggan, di sini saya akan berkongsi beberapa info

Kelebihan

  • Mudah
  • Tidak perlu melakukan proses pemasangan server
  • Cepat
  • Mempunyai banyak server

Kekurangan

  • Keselamatan data anda tidak terjamin
  • Pembekal VPN tersebut boleh melarikan diri
  • Anda tiada kuasa penuh ke atas VPN tersebut
  • Kebanyakan pembekal tiada polisi refund
  • Server terbahagi kepada download, game, dan sebagainya**
  • dll

Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi kekurangan dari kelebihan. Faktor utama orang memilih VPN dari pihak ketiga adalah kerana mereka malas untuk melakukan pemasangan ke atas server.

Anda berminat untuk mencuba pemasangan sendiri tetapi tidak tahu dimana mahu mula? Saya akan arahkan anda ke jalan yang betul. Apa yang anda sangat-sangat perlukan adalah sebuah server untuk dijadikan VPN anda.

Mungkin ramai antara anda tidak tahu, tetapi ada beberapa pembekal VPS (digunakan untuk membuat server vpn), membekalkan server yang agak murah dan anda boleh melakukan semua perkara seperti *gaming, download *dan sebagainya di atas satu server tanpa perlu bimbang orang lain akan mengganggu prestasi**server itu. Antaranya

DigitalOcean – Mempunyai server SINGAPURA yang kosnya cuma USD5/bulan. Iaitu lebih kurang RM16 untuk sebulan.
OneAsiaHost– Server yang berlokasi di SINGAPURA dan mempunyai latency yang amat baik dari Malaysia. Berharga USD4/bulan. Iaitu lebih kurang RM13****sebulan.
Iniz – Plan yang ditawarkan agak mahal, tetapi mereka sering membuat promosi di Lowendbox serta VPSBoard yang harganya agak gila-gila. Saya memiliki plan USD7/tahun dari mereka.

Di atas saya cuma sertakan beberapa pembekal yang bagi saya pilihan terbaik. Tetapi jika anda mahukan yang lebih murah, anda boleh merujuk di forum-forum ini

Terdapat pelbagai tawaran yang menarik dan murah. Berbaloi sekiranya anda menyewa server tersebut  dan memasang VPN. Bagi anda yang suka menggunakan torrent, anda perlu tahu bahawa kebanyakan pembekal tidak membenarkan kecuali torrent yang sah sahaja. Tetapi, sedikit info saya kongsikan, kebanyakan pembekal tidak akan tahu anda menggunakan torrent terutamanya melalui VPN yang telah anda pasang.
Kebanyakan pembekal menolak penggunaan torrent tetapi mereka tidak mengambil tindakan selagi tiada masalah yang dicetuskan.

InsyaAllah saya akan membuat panduan pemasangan VPN pada server.
Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen di bawah.

Considering donating if you found my post helpful 😊

Buy Me a Coffee QR Code
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x