Ralat ini muncul ketika saya cuba menaik-taraf kernel. Saya tidak membuat penyelidikan yang lebih mendalam untuk mengetahui fungsi fail-fail ini, tetapi cara membetulkannya amatlah mudah.
Apa yang anda perlukan adalah memuat turun fail yang terlibat daripada pautan ini.
Berdasarkan ralat yang saya dapat iaitu
W: Possible missing firmware /lib/firmware/i915/kbl_dmc_ver1_01.bin for module i915 W: Possible missing firmware /lib/firmware/i915/kbl_guc_ver9_14.bin for module i915 W: Possible missing firmware /lib/firmware/i915/bxt_guc_ver8_7.bin for module i915
Fail yang saya perlukan adalah kbl_dmc_ver1_01.bin
, kbl_guc_ver9_14.bin
, bxt_guc_ver8_7.bin
.
Setelah saya memuat turun fail-fail berkenaan, saya cuma perlu salin ke lokasi /lib/firmware/i915/
.
$ sudo cp kbl_dmc_ver1_01.bin /lib/firmware/i915 $ sudo cp kbl_guc_ver9_14.bin /lib/firmware/i915 $ sudo cp bxt_guc_ver8_7.bin /lib/firmware/i915
Panduan ini ditulis semula pada 2 Ogos 2018
Hi there, I would like to subscribe for this webpage to get
hottest updates, therefore where can i do it please help out.