W: Possible missing firmware /lib/firmware/i915/kbl_dmc_ver1_01.bin for module i915

Ralat ini muncul ketika saya cuba menaik-taraf kernel. Saya tidak membuat penyelidikan yang lebih mendalam untuk mengetahui fungsi fail-fail ini, tetapi cara membetulkannya amatlah mudah.

Apa yang anda perlukan adalah memuat turun fail yang terlibat daripada pautan ini.
Berdasarkan ralat yang saya dapat iaitu

W: Possible missing firmware /lib/firmware/i915/kbl_dmc_ver1_01.bin for module i915
W: Possible missing firmware /lib/firmware/i915/kbl_guc_ver9_14.bin for module i915
W: Possible missing firmware /lib/firmware/i915/bxt_guc_ver8_7.bin for module i915

Fail yang saya perlukan adalah kbl_dmc_ver1_01.bin, kbl_guc_ver9_14.bin, bxt_guc_ver8_7.bin.

Setelah saya memuat turun fail-fail berkenaan, saya cuma perlu salin ke lokasi /lib/firmware/i915/.

$ sudo cp kbl_dmc_ver1_01.bin /lib/firmware/i915
$ sudo cp kbl_guc_ver9_14.bin /lib/firmware/i915
$ sudo cp bxt_guc_ver8_7.bin /lib/firmware/i915

Panduan ini ditulis semula pada 2 Ogos 2018




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *