0

Menyelesaikan masalah Nginx yang bertindak tidak mengikut konfigurasi

Saya menghabiskan masa hampir 3jam untuk membuat reverse proxy berjalan dengan betul. Pada mulanya segala konfigurasi yang saya tulis tidak berkesan walaupun saya telah merujuk pelbagai forum dan artikel. Saya reload konfigurasi menggunakan sudo systemctl reload nginx.

Kemudian setelah berjam lamanya saya agak musykil dan mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana saya sedar segala konfigurasi yang saya taip, tidak dipatuhi. Malah saya cuba membuang bahagian location /path {} tetapi Nginx masih mengunakan bahagian yang telah saya buang itu.

Apa yang saya lakukan adalah restart Nginx dengan systemctl restart nginx dan saya dapati Nginx gagal memuat semula kerana ketiadaan 1 folder yang berada di dalam konfigurasi. Saya membetulkan masalah itu lalu restart Nginx semula. Setelah itu, semua berfungsi secara yang saya kehendaki.

Pengajarannya adalah, sentiasa memastikan Nginx berjalan dengan baik sebelum mengubah konfigurasi.
Anda boleh menyemak sebarang kesilapan pada konfigurasi Nginx dengan menaip sudo nginx -t.

Kesimpulannya, restart proses Nginx sekiranya Nginx tidak mematuhi konfigirasi yang telah anda tulis.

0

Atasi masalah perkongsian ke Facebook di dalam Mobile Legends.

Saya telah mengalami masalah ini mungkin sebulan yang lalu atau mungkin lebih. Pihak Mobile Legends masih tidak dapat memperbaiki masalah ini menyebabkan pemain kehilangan beberapa kelebihan.

Bagi yang tidak tahu, perkongsian ke Facebook setiap hari akan memberikan anda kad Double BP. Selain itu fungsi ini digunakan untuk melengkapkan acara.

Penyelesaian yang pertama adalah, membuang aplikasi Facebook. Ini akan menyebabkan Mobile Legends menggunakan browser untuk perkongsian. Cara ini mungkin tidak efisien bagi anda sekiranya memiliki kuota internet yang terbatas. Sekiranya Facebook dipasang pada telefon anda dari kilang, anda boleh menyahaktifkannya di dalam App setting.

Cara yang kedua adalah menggunakan Facebook Lite. Tetapi, anda masih perlu membuang aplikasi Facebook yang asal. Cara ini berguna sekiranya anda mahu gunakan Facebook Lite untuk tempoh masa yang panjang.

Namun bagi saya, kedua-dua cara di atas agak menyulitkan kerana aplikasi Facebook perlu dipasang semula sekiranya kita mahu menggunakannya. Jadi, sekiranya anda mempunyai akses root pada peranti, anda boleh menggunakan cara ketiga.

Cara ketiga ini kemungkinan memerlukan akses root. Anda perlu memasang aplikasi Titanium Backup.

  1. Pilih tab Backup/Restore.
  2. Tekan kanta yang berada di atas kanan.
  3. Taipkan “Facebook”.
  4. Tekan Freeze !

    • Untuk menggunakan aplikasi Facebook kembali, tekan Defrost.
0

Cara membina atau memasang XMR-Stak pada Ubuntu 16.04

XMR-Stak adalah miner untuk pool Stratum. Saya menggunakan program ini untuk mine Monero.

Saya menaip panduan ini berdasarkan penggunaan saya di Ubuntu 16.04, tetapi mungkin boleh juga digunakan pada mana-mana Debian dan Ubuntu bergantung kepada keberadaan dependencies.

Pertama, anda perlu memasang beberapa pakej dan dependencies.

$ sudo apt install libmicrohttpd-dev libssl-dev cmake build-essential libhwloc-dev git

Klon source

$ git clone https://github.com/fireice-uk/xmr-stak

Secara default, 0.2% hash power akan diberikan kepada developer. Sekiranya anda tidak mahu memberikan sebarang hash power, anda boleh edit

xmr-stak/build/xmrstak/donate-level.hpp

dan mengubah 0.2 kepada 0.0.

Kemudian buat satu folder dimana XMR-Stak akan dibina.

$ mkdir xmr-stak/build
$ cd xmr-stak/build

Ubah beberapa parameter mengikut sistem anda. Saya mahu gunakan CPU, jadi command yang digunakan adalah

$ cmake .. -DOpenCL_ENABLE=off -DCUDA_ENABLE=off

Sekiranya anda mahu menggunakan GPU AMD,

$ cmake .. -DCPU_ENABLE=off -DCUDA_ENABLE=off

Dan jika anda mahu gunakan GPU Nvidia,

$ cmake .. -DCPU_ENABLE=off -DOpenCL_ENABLE=off

Anda boleh rujuk pautan ini untuk parameter tambahan yang lain.

Sekarang kita sudah bersedia untuk membina XMR-Stak.

$ make

Apabila sudah selesai, anda perlu menjalankan XMR-Stak buat pertama kali untuk menjana fail konfigurasi.

$ bin/xmr-stak

Isikan maklumat seperti yang diminta. Tidak perlu gunakan nicehash sekiranya anda tidak mine pada pool NiceHash.

Fail konfigurasi yang bernama config.txt, cpu.txt, amd.txt, dan nvidia.txt akan diletakkan di dalam folder build. Jika anda bina untuk CPU, akan ada config.txt dan cpu.txt. Begitulah seterusnya jika anda bina untuk AMD atau Nvidia. Anda boleh mengubah mana-mana perimeter mengikut kesesuaian anda.

Saya telah menulis sebuah script untuk memudahkan anda untuk menjalankan XMR-Stak. Anda boleh mrnggunakannya sekiranya anda mahu.

DIR="$( cd "$( dirname "${BASH_SOURCE[0]}" )" && pwd )"
$DIR/build/bin/xmr-stak --config $DIR/build/config.txt