Considering donating if you found my post helpful ๐
Saya mempunyai masalah menjalankan Instaloader di mana terdapat modul yang diperlukan, tidak wujud.
ModuleNotFoundError: No module named '_lzma'
Saya menggunakan Python 3.7.1 yang dibina daripada sumber kod (source code). Jadi penyelesaiannya mungkin berbeza sekiranya anda memasang dari pengurus pakej (package manager)
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu memasang liblzma-dev
$ sudo apt install liblzma-dev
Lalu bina semua Python anda seperti biasa.
Dalam kes saya,
$ ./configure -enable-optimizations $ make -j 4 $ sudo make install
Considering donating if you found my post helpful ๐