Considering donating if you found my post helpful 😊
Berkait dengan entri saya sebelum ini berkaitan 7zip, saya agak keliru dengan pemasangan 7zip pada Ubuntu. Ini kerana terdapat beberapa pakej 7zip pada Ubuntu.
Sekiranya anda mendapat error -bash: 7z: command not found apabila mahu mengekstrak archive walaupun anda telah memasang 7zip, ini adalah kerana anda telah memasang pakej p7zip.
Yang anda perlukan adalah pakej p7zip-full. Untuk memasang, anda disarankan untuk membuang pakej p7zip untuk mengelakkan keliruan.
sudo apt remove p7zip
Kemudian pasang p7zip-full
sudo apt install p7zip-full
Considering donating if you found my post helpful 😊