Menu Close

Buycott | Aplikasi pengesan produk boikot

Mungkin antara anda yang mahu memboikot beberapa produk atas beberapa sebab. Namun, sejauh manakah pengetahuan anda tentang produk-produk yang dikeluarkan oleh beberapa syarikat yang seharusnya anda boikot? Adakah anda mengetahui semua produk keluaran mereka?

Saya memperkenalkan aplikasi  yang diberi nama Buycott. Buycott adalah satu aplikasi pintar yang mampu membaca kod bar pada setiap produk tidak kira makanan, pakaian atau makanan dan akan memaparkan maklumat-maklumat tentang syarikat pengeluar.

Buycott

Tetapi, apa yang bagus tentang aplikasi ini bukanlah hanya mampu membaca kod, tetapi aplikasi ini juga mempunyai sistem kempen dimana anda boleh memilih kempen berkaitan pemboikotan anda dan Buycott akan memberikan amaran sekiranya kod bar yang dibacanya milik syarikat yang anda mahu boikot.

Aplikasi ini mula menjadi terkenal setelah bermulanya serangan ke atas bumi Gaza. Sebagai contoh penggunaan, anda cuma perlu memilih kempen berkaitan pemboikotan terhadap Israel dan apabila aplikasi ini membaca kod bar milik pengeluar Israel, Buycott akan memberi amaran supaya anda mengelak dari membeli produk tersebut.

Anda boleh mendapatkan aplikasi ini untuk peranti android dan juga ios

Android: Pautan

iOS: Pautan

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x