adminMongo adalah satu alternatif untuk melihat dan mengubah data di dalam mongoDB dengan menggunakan pelayar. Di sini saya akan menerangkan cara memasang yang amat mudah.
Langkah 1:
Pastikan server anda telah dipasang mongoDB. Jika anda tiada mongoDB, panduan ini bukan untuk anda.
Langkah 2:
Pada terminal SSH, jalankan perintah ini untuk memasang pakej yang diperlukan. Akses root atau sudo diperlukan.
$ sudo apt-get install nodejs-legacy npm git
Langkah 3:
Muat turun fail yang diperlukan, ke server anda.
$ sudo git clone https://github.com/mrvautin && cd adminMongo
Langkah 4:
Mulakan pemasangan adminMongo
$ npm install
Langkah 5:
Mulakan adminMongo
$ npm start
Langkah 6:
adminMongo sudah dipasang dan juga sudah dimulakan. Anda boleh mengaksesnya pada http://127.0.0.1:1234
(Gantikan 127.0.0.1 kepada ip/host server anda).
Sekiranya anda mahu menggunakan port selain 1234
, buka dan edit fail /config/app.json
{ “app”: { “host”: “10.0.0.1”, “port”: 1234 } }