Menu Close

Cara mudah memasang WordPress

Kali ini, saya akan mengajar anda cara mudah untuk memasang WordPress.
Bagi anda yang masih tidak tahu, WordPress adalah satu platform blogging yang amat meluas digunakan dan antara platform blogging yang amat popular di seluruh dunia.
Bagi anda yang mahu mencuba sebelum memasang di server sendiri, boleh pergi ke wordpress.com dan mendaftar untuk akaun percuma.

Sebelum memulakan, pastikan anda ada:

  1. Laptop/Komputer
  2. Internet
  3. Hosting yang telah boleh digunakan
  4. Database untuk wordpress yang telah dibina.

Langkah 1:
-Download fail WordPress installation
-Extract**folder yang bernama wordpress ke Desktopanda.
*
**
Langkah 2:
Gunakan ftp dan muatnaik fail-fail yang telah di
extract* tadi ke root atau mana-mana folder pilihan di server anda.

Langkah 3:
Lawat *website *anda. Sekiranya anda muatnaik fail wordpress ke root, website yang anda perlu lawat adalah:

http://dausruddin.com/ (contoh)

Dan sekiranya anda muatnaik ke mana-mana folder,  sebagai contoh folder bernama ‘wordpress‘, sila lawat:

http://dausruddin.com/wordpress/ (contoh)

Anda akan dipaparkan dengan tampilan begini:

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/2GzSQ30.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/2GzSQ30.png)

**Langkah 4**:
Klik “*Create configuration file*“.
Selepas itu, anda akan paparan begini:

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/bxFyC5l.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/bxFyC5l.png)

Sila klik “*Let’s go!”*

Langkah 5:
Seterusnya, anda dikehendaki memasukkan maklumat database yang diperlukan.
Kemudan, klik “Submit

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/ROMYXVw.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/ROMYXVw.png)

Sekiranya maklumat yang dimasukkan adalah betul, anda akan mendapat paparan begini

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/PdeuQuc.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/PdeuQuc.png)

**Langkah 6**:
Klik “*Run the install”*

Langkah 7:
Setelah itu, anda akan dminta untuk memasukkan maklumat website serta maklumat admin.
Sila masukkan maklumat bersesuain dengan anda dan website anda.

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/yL81ANZ.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/yL81ANZ.png)

Jika semua maklumat telah anda isi, sila klik “*Install WordPress”*
Paparan dibawah akan muncul jika berjaya

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/6yVTBKo.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/6yVTBKo.png)

**Langkah 8**:
Klik “*Log in*” dan sila *login* menggunakan maklumat yang telah anda masukkan pada **Langkah 7**.

Sekiranya anda berjaya, paparan akan muncul seperti dibawah

[![](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/RPCpsK6.png)](https://dausruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/RPCpsK6.png)

**Langkah 9**:
Anda boleh mengubah tetapan dan tampilan.
Dan anda boleh mula ber*blogging *?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x