Konfigurasi Nginx untuk Rapidleech Berserta Password

Rapidleech adalah satu program PHP yang amat berguna. Rapidleech memudahkan proses muat turun dari beratus laman filehosting.

Bagi pengguna Nginx, cara memasangnya agak berbeza berbanding Apache. Saya andaikan anda telahpun memuat turun source Rapidleech dari sini ke server anda.

Pasang pakej berkenaan dan cipta .htpasswd

$ sudo apt update
$ sudo apt install apache2-utils

Cipta fail password (.htpasswd)

$ sudo htpasswd -c /etc/nginx/.htpasswd rapid
  • Gantikan rapid kepada username yang anda mahukan.

Konfigurasi Nginx

location ^~ /rap1d {
    auth_basic "Ding Dong Bell";
    auth_basic_user_file /etc/nginx/.htpasswd;
    location ~ \.php {
        fastcgi_pass unix:/run/php/php7.1-fpm.sock; 
        include snippets/fastcgi-php.conf;
    }
}
  • Ubah rap1d kepada folder dimana anda menyimpan skrip PHP Rapidleech.

Reload Nginx

$ sudo systemctl reload nginx
Konfigurasi Nginx untuk Rapidleech Berserta Password
Share this