Considering donating if you found my post helpful ๐
pyLoad adalah alat yang amat berguna untuk memuat turun fail dari file-hosting. Fungsinya utamanya sama seperti Rapidleech, Plowshare, serta jDownloader. Alat seperti ini memudahkan kerana anda tidak perlu melihat iklan sekaligus mempermudah serta mempercepatkan proses muat turun.
Sebab utama saya memilih pyLoad adalah kerana pyLoad mempunyai WebUI dan juga mempunyai komiti yang aktif. Ini amat memudahkan penggunaan saya. Tetapi, memasang pyLoad agak sulit bagi mereka yang kurang berpengalaman.
Sebelum memulakan, pastikan anda menggunakan Linux
serta mempunyai akses root. Di dalam panduan ini, saya menggunakan Ubuntu 16.04 64bit
.
Pasangkan pakej yang diperlukan
$ sudo apt update $ sudo apt install python python-dev python-pip python-imaging python-qt4 libjpeg62 libjpeg62-dev tesseract-ocr rhino sqlite3
Pasang modul python menggunakan pip
$ pip install --user pycurl pycrypto pyOpenSSL jinja beaker
Muat turun kod sumber pyLoad versi stabil dari github
$ git clone -b stable https://github.com/pyload/pyload $ cd pyload
Mulakan pyLoad buat kali pertama
$ python pyLoadCore.py
Ikut arahan di skrin dan pastikan semua parameter di system status bertanda OK
.
Nota:
- Proses ini dapat diulang dengan menggunakan parameter
-s
,pyload pyLoadCore.py -s
. - Biarkan listen address pada
0.0.0.0
. Gunakan127.0.0.1
sekiranya anda hanya mahu menggunakannya pada localhost. - Gunakan port 1025 dan ke atas kerana port 1024 dan kebawah memerlukan akses root.
Mulakan pyLoad
$ python pyLoadCore.py
Anda akan melihat log pada paparan ssh jika pyLoad berjaya dipasang. WebUI boleh diakses pada http://localhost:8000
.
Laman utama pyLoad: pyload.net (kod sumber)
Considering donating if you found my post helpful ๐