Menu Close

Tamatkan VPS Langganan Bulanan

Sejak mula saya memasuki alam lowend, pelbagai *spec *vps dari pelbagai provider sudah saya cuba. Sebutkan saja mana-mana pembekal lowend VPS, pasti saya tahu.

Mengapa saya membeli banyak vps? Ada orang obses dengan membeli belah, ada orang yang obses dengan gajet. Saya pula obses dengan benda-benda sedemikian. Domain juga tak pernah lepas saya beli jika terdapat sebarang promosi.

Tapi, lepas buat kira-kira, saya rasa sedikit menyesal kerana terlalu duit disalurkan ke arah itu. VPS yang saya beli kebanyakannya digunakan sebagai* webserver *yang mana pada hakikatnya, sesebuah server mampu menanggung banyak domain dalam satu-satu masa. Cuma keseronokan itu membuatkan saya membeli sebuah server bagi setiap domain.

Semua VPS yang saya langgan secara bulanan telah saya tamatkan perkhidmatan kecuali sebuah server 1GB RAM dibekalkan oleh InceptionHosting.com. Baru-baru ini, sebuah server tahunan daripada Iniz.com telah tamat, namun tidak saya sambung bayar kerana tak tahu mahu buat apa dengan server berkenaan.

Saya cuma berharap agar dapat mengawal diri kerana Black Friday makin hampir???

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x