Crontab adalah satu kemudahan yang wujud di dalam sistem Linux yang digunakan untuk melakukan tugas secara automatik pada setiap masa yang ditetapkan.
Sekiranya anda cuba menyunting crontab, mungkin anda akan dipaparkan dengan editor pico. Jadi di sini saya ingin menunjukkan cara menukar kepada editor kegemaran anda. Dalam kes ini, nano.
Jalankan perintah ini
export EDITOR=nano
Tetapi ini tidak kekal dan akan kembali kepada lalai setelah anda log keluar sesi shell.
Untuk menetapkannya secara kekal, buka
~/.profile
Dan tambahkan perintah tadi di bawah sekali
export EDITOR=nano