-bash: 7z: command not found

Berkait dengan entri saya sebelum ini berkaitan 7zip, saya agak keliru dengan pemasangan 7zip pada Ubuntu. Ini kerana terdapat beberapa pakej 7zip pada Ubuntu.

Sekiranya anda mendapat error -bash: 7z: command not found apabila mahu mengekstrak archive walaupun anda telah memasang 7zip, ini adalah kerana anda telah memasang pakej p7zip.

Yang anda perlukan adalah pakej p7zip-full. Untuk memasang, anda disarankan untuk membuang pakej p7zip untuk mengelakkan keliruan.

sudo apt remove p7zip

Kemudian pasang p7zip-full

sudo apt install p7zip-full

Zip unsupported compression method 99

Hari ini saya menghadapi masalah mengekstrak fail Zip menggunakan unzip pada Ubuntu. error yang saya dapat adalah:

skipping:  archive.zip    unsupported compression method 99

Masalah ini adalah kerana archive tersebut dibuat menggunakan 7zip. Untuk memasang 7zip pada Ubuntu atau Debian, pasang pakej p7zip-full.

sudo apt install p7zip-full

Lalu anda boleh mengekstrak archive tersebut dengan

7z x archive.zip