Cara memasang mcrypt di dalam PHP 7.2

Cara memasang mcrypt di dalam PHP 7.2

Mungkin ada di antara anda yang tahu bahawa modul mcrypt telah dibuang secara kekal daripada PHP 7.2 kerana moduk tersebut tidak mempunyai sebarang pembangunan lebih daripada 10 tahun. Hal ini agak menyusahkan bagi pengguna yang memerlukan mcrypt, tetapi harus dilakukan bagi mengekalkan kestabilan PHP. Saya menggunakan Nginx sebagai panduan dan sekiranya anda menggunakan Apache, mungkin ada sedikit langkah berbeza. Pertama, anda harus pastikan anda sedang menggunakan PHP 7.2. $ php -v Pasangkan beberapa pakej yang diperlukan untuk compile modul mcrypt,…

Read More Read More

Mencipta lebih daripada 20 bot di dalam Telegram

Mencipta lebih daripada 20 bot di dalam Telegram

Anda mungkin seorang pakar yang mempunyai pelbagai idea atau seorang pemula yang mahu mencuba pelbagai kemahiran menulis bahasa pemprogram. Disebabkan itu anda menulis pelbagai bot di dalam Telegram lalu pada satu tahap @BotFather memberikan mesej ini: That I cannot do. You come to me asking for more than 20 bots. But you don’t ask with respect. You don’t offer friendship. You don’t even think to call me Botfather. Mesej tersebut seperti memberikan harapan, bukan? Hakikatnya anda tidak boleh membuat lebih…

Read More Read More

Menyelesaikan masalah Nginx yang bertindak tidak mengikut konfigurasi

Menyelesaikan masalah Nginx yang bertindak tidak mengikut konfigurasi

Saya menghabiskan masa hampir 3jam untuk membuat reverse proxy berjalan dengan betul. Pada mulanya segala konfigurasi yang saya tulis tidak berkesan walaupun saya telah merujuk pelbagai forum dan artikel. Saya reload konfigurasi menggunakan sudo systemctl reload nginx. Kemudian setelah berjam lamanya saya agak musykil dan mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana saya sedar segala konfigurasi yang saya taip, tidak dipatuhi. Malah saya cuba membuang bahagian location /path {} tetapi Nginx masih mengunakan bahagian yang telah saya buang itu. Apa yang…

Read More Read More

Atasi masalah perkongsian ke Facebook di dalam Mobile Legends.

Atasi masalah perkongsian ke Facebook di dalam Mobile Legends.

Saya telah mengalami masalah ini mungkin sebulan yang lalu atau mungkin lebih. Pihak Mobile Legends masih tidak dapat memperbaiki masalah ini menyebabkan pemain kehilangan beberapa kelebihan. Bagi yang tidak tahu, perkongsian ke Facebook setiap hari akan memberikan anda kad Double BP. Selain itu fungsi ini digunakan untuk melengkapkan acara. Penyelesaian yang pertama adalah, membuang aplikasi Facebook. Ini akan menyebabkan Mobile Legends menggunakan browser untuk perkongsian. Cara ini mungkin tidak efisien bagi anda sekiranya memiliki kuota internet yang terbatas. Sekiranya Facebook…

Read More Read More

Cara membina atau memasang XMR-Stak pada Ubuntu 16.04

Cara membina atau memasang XMR-Stak pada Ubuntu 16.04

XMR-Stak adalah miner untuk pool Stratum. Saya menggunakan program ini untuk mine Monero. Saya menaip panduan ini berdasarkan penggunaan saya di Ubuntu 16.04, tetapi mungkin boleh juga digunakan pada mana-mana Debian dan Ubuntu bergantung kepada keberadaan dependencies. Pertama, anda perlu memasang beberapa pakej dan dependencies. $ sudo apt install libmicrohttpd-dev libssl-dev cmake build-essential libhwloc-dev git Klon source $ git clone https://github.com/fireice-uk/xmr-stak Secara default, 0.2% hash power akan diberikan kepada developer. Sekiranya anda tidak mahu memberikan sebarang hash power, anda boleh…

Read More Read More

sysctl: cannot stat /proc/sys/vm/nr_hugepages: No such file or directory

sysctl: cannot stat /proc/sys/vm/nr_hugepages: No such file or directory

Saya mendapat error ini semasa cuba menggunakan Hugepages pada Ubuntu 16.04. Saya telah mencari di Google namun tiada hasil. Pada sebelum ini, saya telah cuba menukar saiz Hugepages dengan melakukan command: $ vm.nr_hugepages = 128 Namun saya mendapat error sysctl: cannot stat /proc/sys/vm/nr_hugepages: No such file or directory Setelah saya menyiasat, saya dapati ini adalah kerana default kernel yang saya pakai tidak menyokong Hugepages. Oleh kerana itu, saya telah memasang kernel 4.10 daripada repository. Memandangkan saya menggunakan Ubuntu 16.04: $…

Read More Read More

[Android] Cara menukar User Certificate kepada System

[Android] Cara menukar User Certificate kepada System

Mungkin atas sebab-sebab tertentu, anda perlukan sesuatu certificate itu dipasang pada system. Saya menulis entri ini kerana tidak menjumpai cara yang terkini. Saya telah mencuba cara ini pada Android 7.1 AOSP. Untuk versi android yang lebih lama, path pemasangan user certificate adalah berlainan dan tidak akan anda temui di sini. Nota: Akses root diperlukan. Semak senarai user dan system certificate di Settings > Security > Trusted Credentials. User certificate: /data/misc/user/0/cacerts-added System certificate: /system/etc/security/cacerts Langkah 1: Buang semua certificate kecuali yang…

Read More Read More

[PHP] Masalah menetapkan permission pada mkdir() dan chmod()

[PHP] Masalah menetapkan permission pada mkdir() dan chmod()

Situasi masalah kali ini agak mengelirukan kerana saya sudahpun merujuk pelbagai laman web tentang contoh penggunaan mkdir() serta chmod(). Tetapi, masalah sama tetap muncul di mana permission yang saya tetapkan untuk folder yang saya hendak buat tidak sama dengan permission folder yang diberikan kepada folder tersebut. Saya menggunakan mkdir() seperti ini: Tetapi yang terhasil adalah 007. Jadi saya cuba menggunakan chmod(): Tetapi masih juga sama. Lalu saya cuba mengubah mask: Tekanan semakin terasa apabila hasilnya tetap sama! Setelah beberapa minit…

Read More Read More

[PHP][MYSQL] Statement tidak berfungsi

[PHP][MYSQL] Statement tidak berfungsi

Saya mengalamai satu masalah di mana query MySQL UPDATE tidak berfungsi. Agak pelik apabila $db->prepare dan $db->query memberi respon yang kosong, tiada perubahan database server tiada juga error dalam log. Disebabkan itu, saya cuba melakukan query tersebut di sekeliling code untuk mencari di manakah query tersebut berfungsi dan di mana tidak. Lalu saya dapati query tersebut tidak berfungsi selepas code ini: Saya berfikir sejenak lalu memutuskan untuk menutup statement SQL tersebut menggunakan $sqlexec->close(): Berjaya! Saya tidak tahu kenapa statement ini…

Read More Read More